Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMU tingkat bantuan kepada penuntut dari keluarga berpendapatan rendah

Anggaran Waktu Membaca:
SMU tingkat bantuan kepada penuntut dari keluarga berpendapatan rendah

(Gambar: Laman SMU)

Diterbitkan : 11 Jan 2025 07:36AM Dikemas Kini : 11 Jan 2025 07:41AM
SINGAPURA: Mulai tahun akademik 2026, penuntut Universiti Pengurusan Singapura (SMU), akan menerima elaun tahunan S$4,000, jika mereka memenuhi syarat pendapatan per kapita.

Ini selain yuran tuisyen yang ditaja sepenuhnya.

"Kami akan memberikan bantuan tambahan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, yang membolehkan mereka menambah elaun sara hidup mereka serta menyokong pengalaman global mereka melalui program SMU," kata Presiden SMU Lily Kong.

"Dengan inisiatif ini, kami menyasarkan untuk menyokong lebih 3,000 pelajar setiap tahun, mengesahkan komitmen untuk memastikan bahawa cabaran kewangan tidak menghalang penuntut yang layak untuk melanjutkan pelajaran mereka," tambah Cik Kong.

Para penuntut dengan pendapatan per kapita S$2,500 atau ke bawah juga akan menerima geran pengalaman global S$4,000 selama empat tahun.

Ia boleh digunakan untuk perbelanjaan seperti membiayai latihan amali di luar negara.

Ia juga tidak mempunyai syarat jenis rumah atau bon bagi geran tersebut.

Ramai penuntut akan raih manfaat daripada bantuan kewangan itu, dengan lebih dua ratus penuntut layak bagi bantuan tersebut sebelum ini.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan