Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMU pertingkat rondaan, tambah CCTV luar tandas bagi jaga keselamatan siswa

Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sudahpun mempertingkatkan rondaan dan menambah jumlah kamera litar tertutup (CCTV) di luar tandas dan bilik mandi, selain memasang papan tanda untuk memberi amaran supaya jangan mencerobohi kemudahan-kemudahan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
SMU pertingkat rondaan, tambah CCTV luar tandas bagi jaga keselamatan siswa

(Gambar Hiasan: Universiti Pengurusan Singapura, SMU)

Diterbitkan : 03 Oct 2019 04:43PM Dikemas Kini : 03 Oct 2019 04:46PM

SINGAPURA: Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sudahpun mempertingkatkan rondaan dan menambah jumlah kamera litar tertutup (CCTV) di luar tandas dan bilik mandi, selain memasang papan tanda untuk memberi amaran supaya jangan mencerobohi kemudahan-kemudahan itu dalam usaha mengetatkan lagi tahap keselamatan di kampus tersebut.

Langkah itu bertujuan untuk "memaksimumkan langkah pencegahan dan meningkatkan tahap keselamatan di seluruh kampus," menurut SMU hari ini (3 Okt).

Pada April, SMU mengumumkan bahawa ia sedang menyemak rangka kerja disiplinnya bagi melindungi para mahasiswa dengan lebih baik daripada salah laku seksual dan gangguan di kampus.

Menyusuli maklum balas dan saranan-saranan yang diterima semasa proses tersebut, SMU mengumumkan hari ini (3 Okt) bahawa ia akan menyemak Kod Tatalaku Mahasiswa SMU.

Ini bagi "mengingatkan para mahasiswa tentang tingkah laku yang dijangkakan" serta "tanggungjawab setiap mahasiswa".

Prosedur Disiplin SMU juga sudah disemak bagi "memastikan agar skop peraturan lebih jelas", termasuk menyenaraikan definisi kelakuan akademik dan bukan akademik, kategori kesalahan, jenis sekatan dan sebarang perkara berhubung prosiding disiplin dan rayuan.

Universiti itu juga sudah menubuhkan sebuah unit sokongan bagi para mahasiswa yang diberi nama "Voices@SMU". Unit itu akan memberi tindakan segera terhadap kes gangguan atau salah laku seksual.

Selain itu, modul pendidikan online mengenai keizinan dan sikap saling hormat-menghormati juga sudah dibangunkan dengan tujuan untuk membantu para mahasiswa "menyedari tentang peranan yang boleh dimainkan dalam usaha menyokong budaya yang selamat dan saling menghormati di kampus".

Prosedur dan Kod Displin SMU yang disemak itu memberi perincian mengenai hukuman bagi kesalahan ringan dan serius, serta hukuman tambahan bagi kes-kes salah laku seksual.

DENDA SEHINGGA S$10,000 BAGI KESALAHAN SERIUS

Di bawah kod disiplin yang disemak itu, seseorang mahasiswa boleh didenda sehingga S$10,000 bagi kesalahan serius.

Mereka juga boleh diarahkan supaya menjalani kerja-kerja masyarakat, serta digantung ataupun dibuang sekolah.

Mahasiswa itu juga mungkin diberikan amaran bertulis yang akan dimasukkan ke dalam rekod universiti, selain diarahkan supaya menjalani rawatan pemulihan dan dikenakan probesyen disiplin.

DENDA SEHINGGA S$1,000 BAGI KESALAHAN RINGAN

Bagi kesalahan ringan pula, seorang mahasiswa boleh dikenakan denda sehingga S$1,000. Mahasiswa itu juga akan diberikan amaran bertulis dan dikehendaki menyerahkan kenyataan bertulis yang berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Amaran bertulis juga mungkin dimasukkan ke dalam rekod universitinya dan mahasiswa itu juga boleh diarahkan supaya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan sehingga 50 jam.

Semasa mengenakan hukuman, semua "faktor relevan" akan diambil kira seperti keadaan kesihatan mental dan sejarah perubatan tertuduh. Gangguan yang dilakukan oleh seseorang mahasiswa serta sebarang rekod atau hukuman yang pernah dikenakan sebelum ini juga akan dipertimbangkan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan