Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMU, NTU tingkatkan langkah lindungi para pelajar dari gangguan seksual di kampus

SMU dan NTU mengambil langkah-langkah perlu bagi melindungi para pelajarnya dari sebarang kegiatan salah laku atau gangguan seksual di kampus.

Anggaran Waktu Membaca:
SMU, NTU tingkatkan langkah lindungi para pelajar dari gangguan seksual di kampus

Gambar fail.

Diterbitkan : 24 Apr 2019 08:36PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 08:38PM

SINGAPURA: SMU dan NTU mengambil langkah-langkah perlu bagi melindungi para pelajarnya dari sebarang kegiatan salah laku atau gangguan seksual di kampus.

Proses mengkaji semula rangka kerja disiplin dijalankan secara berterusan oleh kedua-dua universiti itu.

Presiden SMU Lily Kong berkata langkah itu mempertimbangkan amalan-amalan terbaik antarabangsa.

NTU pula menyatakan ia mula mengkaji semula rangka kerjanya lewat tahun lalu serta meneliti keberkesanan prosedur dan sama ada sumber-sumber seperti jagaan bagi mangsa, pemulihan dan hukuman ke atas pesalah adalah setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang mungkin dilakukan.

Isu gangguan seksual di kampus menjadi perhatian, terbit dari satu kejadian yang berlaku di kampus NUS.

Mahasiswinya, Cik Monica Baey menggunakan media sosial bagi menggesa pihak universiti supaya mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap seorang pelajar yang merakamkan gambar Cik Monica sewaktu mandi di bilik mandi asrama universiti itu.

Presiden NUS Tan Eng Chye mengakui tentang kurangnya sokongan yang diberikan kepada Cik Baey sejak bermulanya kejadian itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan