Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMU medan tempur agensi HOME Team tangkis ‘pengganas’ dalam Latihan Heartbeat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu latihan antipengganasan yang dipanggil Latihan Heartbeat diadakan di bangunan Connexion Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pada 28 Januari 2022. 

Latihan itu dikendalikan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan SMU, dan melibatkan simulasi serangan pengganas di premis kampus tersebut. 

SPF kerap menjalankan latihan sedemikian untuk membolehkan pihak-pihak berkepentingan menguji protokol luar jangka mereka.

Selain itu, latihan tersebut akan membenarkan SPF dan SCDF untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan meningkatkan penyelarasan dengan pihak-pihak berkenaan, menurut satu kenyataan bersama agensi-agensi itu hari ini (8 Feb).

(Gambar: SPF)

Sebagai persediaan bagi latihan tersebut, kakitangan SMU dan para mahasiswa dilatih tentang protokol SGSecure "Lari, Sembunyi, Beritahu" ("Run, Hide, Tell") dan Rawatan Bantuan Kecemasan "Tekan, Ikat, Beritahu" ("Press, Tie, Tell").

SMU juga menguji sistem penyiaran notis menerusi SMS bagi seluruh kampus, yang akan diaktifkan jika berlaku satu-satu insiden berkaitan keselamatan untuk memaklumkannya kepada masyarakat di sana. 

Latihan Heartbeat memberi peluang kepada SMU untuk mengesahkan protokol-protokol luar jangka dan juga mempertingkatkan rancangan respons untuk mencegah, mengesan, melengahkan, menolak dan menangani senario serangan pengganas di kampus tersebut. 

(Gambar: SPF)

"Penting untuk pihak-pihak berkepentingan dan para pemilik bangunan untuk kerap menyemak semula langkah-langkah keselamatan dan mempertingkatkan persiapan kecemasan mereka terhadap sebarang serangan pengganas. 

"Ini termasuk mengemas kini rancangan luar jangka secara berkala, melatih dan menguji kakitangan dan penyewa untuk menyesuaikan diri dengan rancangan-rancangan yang dilakarkan," menurut kenyataan tersebut lagi. 

Oleh kerana kesan serangan pengganas boleh berlarutan sehingga selepas serangan itu berlaku, melakukan latihan-latihan sebegini akan membantu menyelamatkan nyawa, mencegah kesan-kesan yang memudaratkan dan membantu pihak berkenaan untuk pulih daripada krisis dengan cepat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan