Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMU lancar kolej bagi pos siswazah & program baru PhD

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2022 07:20PM Dikemas Kini : 11 Aug 2022 08:39PM
SINGAPURA: Universiti Pengurusan Singapura (SMU) melancarkan sebuah kolej baru yang memberi tumpuan kepada pengajian silang disiplin bagi para penuntut pos siswazah.

Ini hanya beberapa bulan selepas universiti itu mendedahkan sebuah kolej serupa bagi para mahasiswa pada Mei lalu.

Kolej baru tersebut akan menyelia Kurikulum Teras SMU, dan tiga lagi program siswazah. Ia akan menawarkan dua program pos siswazah pada peringkat Master dan PhD.

Kolej-kolej tersebut, menurut SMU, akan mempersiapkan para penuntut untuk menghadapi "keperluan serantau yang kian berubah-ubah".

Satu program PhD yang baru juga ditawarkan oleh Kolej Pengajian Penyelidikan Siswazah yang meliputi bidang Undang-undang, Perdagangan dan Teknologi.

Berucap di pelancarannya, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata program itu mencerminkan perubahan yang dipacu oleh teknologi dalam industri guaman.

Tiga pelajar kini telah mendaftarkan diri dalam program tersebut.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan