Skip to main content

Singapura

SMU lancar insiatif galak kehidupan lebih mampan

Universiti Pengurusan Singapura SMU telah melancarkan inisiatif GROW untuk menggalak kehidupan yang lebih mampan di Singapura dengan bercucuk tanam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jan 2015 08:59PM Dikemas Kini : 06 Jan 2015 11:05PM

SINGAPURA: Universiti Pengurusan Singapura (SMU) melancarkan inisiatif GROW untuk menggalak kehidupan yang lebih mampan di Singapura dengan bercucuk tanam.

Pihak universiti sudah memperuntukkan dua bidang tanah di luar Sekolah Perakaunan SMU, untuk menggalak pertanian di dalam bandar. Hasil tanaman akan diagihkan kepada masyarakat.

Datuk Bandar CDC Tengah, Denise Phua turut hadir di SMU untuk melancarkan inisiatif tersebut.

Beliau menanam benih buah pala, yang dipercayai mempunyai ciri-ciri budaya dan sejarah di bahagian tengah Singapura.

Program itu menggalak orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian. Ia juga satu cara untuk membawa pelajar lebih dekat dengan masyarakat.  

Sumber : CNA/nt
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita