Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMU kini punya loji tenaga suria terbesar di kawasan bandar

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Oct 2022 08:17PM Dikemas Kini : 28 Oct 2022 08:50PM
SINGAPURA: Universiti Pengurusan Singapura (SMU) kini mempunyai loji tenaga suria terbesar di kawasan bandar Singapura.

Dengan adanya sebuah lagi bangunan mampan baru di kampus itu, SMU kini memenuhi 12 peratus daripada penggunaan tenaga keseluruhannya.

Antara ciri-ciri bangunan baru itu termasuk panel-panel suria di atas bumbung bagi menjana tenaga yang boleh diperbarui.

Reka bentuk terlindung daripada mata hari juga mengurangkan penggunaan alat hawa dingin, sekali gus penggunaan tenaga juga lebih rendah.

Bangunan itu akan menempatkan dua sekolah, empat pusat kajian serta sebuah makmal kajian.

Berucap di acara pembukaannya pada Jumaat (28 Okt), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata bangunan baru itu akan memudahkan lagi kegiatan bertukar-tukar pandangan
serta membolehkan lebih banyak kerjasama di antara institusi pengajian tinggi, institusi kajian serta sektor sosial dan industri.

"Universiti tidak seharusnya sebagai menara gading. Sebaliknya, universiti perlu mendorong semangat penyelidikan dan kepakaran mendalam dalam kalangan kakitangannya, serta semangat meneroka para pelajar untuk meluaskan sempadan ilmu dan menciptakan inovasi bermakna dan berkesan.

"Dengan cara ini, anda boleh menjadi penyumbang aktif kepada huraian yang bertujuan untuk menangani cabaran masa kini," kata Encik Heng.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan