SMRT tubuh kumpulan kerja tiga pihak semak semula keandalan, keselamatan MRT
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengendali pengangkutan awam SMRT pada Jumaat (1 Nov) mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan kerja tiga pihak untuk meneliti dan menyemak semula keandalan dan keselamatan rangkaian MRT.
Langkah itu diumumkan selepas beberapa gangguan termasuk gangguan selama enam hari di Laluan Timur-Barat, yang merupakan gangguan MRT paling lama sejak 2017.
Kumpulan kerja itu akan terdiri daripada para pakar daripada SMRT, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) - yang memiliki aset-aset MRT - dan para wakil daripada Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU).
Ia akan dipengerusikan oleh Presiden SMRT Trains Lam Sheau Kai, dengan timbalan ketua eksekutif infrastruktur dan pembangunan LTA, Yee Boon Cheow, sebagai pengerusi bersama.
SMRT dalam catatan Facebooknya menyatakan pada Jumaat bahawa semua laluan MRTnya telah "mencapai secara konsisten" sasaran purata 1 juta kilometer berbanding kegagalan atau gangguan sejak 2019.
Untuk mengekalkan sasaran itu, kumpulan kerja itu akan menilai sistem dan proses pelbagai ekosistem MRT.
Ini termasuk pengurusan kitaran hayat, pembaharuan aset, naik taraf sistem dan amalan penyenggaraan, menurut SMRT.
Sebagai sebahagian daripada semakan itu, kumpulan kerja tersebut akan menjalankan latihan penanda aras dengan Guangzhou Metro Corporation dan Taipei Rapid Transit Corporation.
"Ini akan membolehkan kami untuk bertukar-tukar pandangan, dan membentuk penanda aras terhadap dua pengendali terkemuka dengan rekod keselamatan dan keandalan bertaraf dunia," menurut SMRT.
"SMRT kekal komited untuk melakukan peningkatan berterusan ... demi manfaat penumpang dan pekerja kami."
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan Melvin Yong berkata pendekatan tiga pihak "mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan untuk menjana hasil yang saling memanfaatkan satu sama lain".
"Kami berharap dapat menyumbang kepada semakan ini, yang juga menggunakan amalan-amalan yang berjaya daripada para pengendali serantau.
"Dengan kajian menunjukkan bahawa syarikat-syarikat berkesatuan secara konsisten mencapai hasil keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang lebih baik, adalah penting untuk kami mengemukakan perspektif dan sentimen anggota kami, kerana peningkatan keselamatan harus timbul daripada kerjasama di semua peringkat, bukan semata-mata dari atas ke bawah," katanya dalam catatan di Facebook.
GANGGUAN KHIDMAT
Yang pertama dalam siri gangguan khidmat baru-baru ini berlaku pada 17 Sep, apabila khidmat MRT di Laluan Circle terganggu selama hampir dua jam disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik.
Kelemahan protokol oleh pasukan penyenggaraan menyebabkan gangguan itu, dedah SMRT selepas kejadian itu.
Keesokan harinya, kebakaran berlaku di depot MRT, menyebabkan lebih banyak gangguan pada Laluan Circle.
Gangguan selama enam hari di Laluan Timur-Barat bermula pada 25 Sep. MRT yang rosak menuju ke depot Ulu Pandan menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan merosakkan landasan serta peralatan lain.
Semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan, penyambungan sepenuhnya khidmat MRT terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan oleh kerosakan yang dikesan pada segmen landasan antara Clementi dan depot tersebut.
Lebih 300 jurutera dan teknisyen ditugaskan untuk membaiki kerosakan, menurut Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada 26 Sep.
LTA melancarkan siasatan ke atas insiden itu pada awal Oktober dan hasil siasatannya akan didedahkan kepada umum.
Pada 10 Okt, gangguan berlaku, sekali lagi di Laluan Timur-Barat. Kali ini, isu itu melibatkan "kerosakan elektrik bawaan MRT" pada MRT Kawasaki Heavy Industries generasi pertama MRT, menurut SMRT.
MRT serupa yang telah beroperasi selama lebih 35 tahun menyebabkan gangguan pada Laluan Timur-Barat yang lebih lama pada bulan September.
LRT Bukit Panjang juga mengalami gangguan apabila sebuah LRT "terhenti" berhampiran Stesen Teck Whye pada 22 Okt. Khidmat LRT disambung semula keesokan harinya sekitar pukul 5.00 pagi.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.