SMRT Trains catat keuntungan S$7.5 juta; merosot 82% dari tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengendali pengangkutan SMRT Trains meraih keuntungan selepas cukai bernilai S$7.5 juta bagi tahun kewangan yang berakhir April lalu.
Ia merosot 82 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.
Penyusutan itu terutama disebabkan oleh pembayaran dividen sekali sahaja bernilai S$40.8 juta bagi laluan Thomson-East Coast pada tahun kewangan lalu.
Kos elektrik dan kakitangan yang lebih tinggi turut menjejas keuntungan.
Pemulihan beransur-ansur dalam jumlah penumpang kereta api, purata tambang lebih tinggi dan penjimatan daripada penambahbaikan yang berterusan - antara faktor yang menyumbang kepada keuntungan yang stabil.
SMRT turut menambah, jumlah penumpang kereta api semakin beransur pulih.
Bagaimanapun, ia masih 11 peratus di bawah tahap puncak yang dicatat sebelum wabak COVID-19.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, SMRT berharap untuk mencapai hampir 10 peratus pulangan pada ekuiti untuk perniagaan komersialnya.
Ia juga akan terus melabur dalam keupayaan kejuruteraannya.
"Terutamanya, geran yang diberi pemerintah untuk khidmat kereta api terutamanya. Kami akan mengawalnya dan gunakan sebaik mungkin dan berhemat, untuk menukarnya kepada keupayaan, keupayaan kejuruteraan, keupayaan digital, supaya kami boleh menjadi lebih baik. Malah, beberapa keupayaan ini kemudiannya menjadi peluang yang mana kita boleh beralih kepada bidang pertumbuhan yang lain," kata Encik Ngien Hoon Ping, CEO Kumpulan SMRT Corporation.

Sumber : CNA/QA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.