Skip to main content

Singapura

SMRT Trains catat kejatuhan 8% dalam keuntungan selepas cukai

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT Trains catat kejatuhan 8% dalam keuntungan selepas cukai

MRT tiba di Stesen MRT Buona Vista pada 1 Oktober 2024. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

Diterbitkan : 31 Jul 2025 06:55PM Dikemas Kini : 31 Jul 2025 06:56PM
SINGAPURA: Pengendali kereta api SMRT Trains melaporkan kejatuhan lapan peratus bagi keuntungannya selepas cukai, kepada S$6.9 juta bagi tahun kewangan terbaharunya.

Ini walaupun adanya pertumbuhan pendapatan daripada purata tambang yang lebih tinggi dan peningkatan pada jumlah penumpang.

Menurut SMRT Trains, kejatuhan itu disebabkan oleh kerugian yang dialami akibat gangguan kepada Laluan Timur-Barat (EWL) pada September lalu, dan kos berkaitan gangguan tersebut.

Ini termasuk khidmat bas yang disediakan, perbelanjaan operasi lebih tinggi untuk pembaikan dan penyelenggaraan, serta denda S$2.4 juta yang dikenakan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Untuk meningkatkan perniagaannya, SMRT sedang mempertimbangkan pelaksanaan khidmat kenderaan tanpa pemandu, atau AV, secara ulang alik.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita