SMRT lanjutkan waktu operasi khidmat kereta api, bas pada 4 Feb
Waktu operasi bagi beberapa khidmat kereta api dan bas akan dilanjutkan pada 4 Februari ini, sehari sebelum Tahun Baru Cina, sehingga awal pagi 5 Februari.

Sebuah bas bertemakan Tahun Baru Cina. (Gambar: LTA)
SINGAPURA: Waktu operasi bagi beberapa khidmat kereta api dan bas akan dilanjutkan pada 4 Februari ini, sehari sebelum Tahun Baru Cina, sehingga awal pagi 5 Februari.
Pengendali pengangkutan SMRT mengumumkan demikian hari ini (25 Jan) sambil menyatakan bahawa waktu operasi bagi tiga laluan kereta apinya dilanjutkan.
Ketiga-tiga laluan kereta api itu adalah Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat dan Laluan Circle.
Waktu operasi bagi beberapa khidmat bas terpilih akan dilanjutkan supaya para penumpang yang menaiki kereta api terakhir boleh menyambung perjalanan mereka melalui khidmat bas tersebut, menurut SMRT.
Selain itu, waktu operasi bagi sebilangan khidmat bas akan bermula lebih awal. Ini termasuk khidmat bas ekspres 951E, 963E, 971E dan 982E, serta khidmat bas City Direct iaitu 653, 656 dan 657.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.