SMRT labur lebih S$1 juta dalam mesin baharu untuk pertingkat mutu landasan
SMRT melabur lebih S$1 juta dalam bentuk sebuah mesin baharu bagi meningkatkan mutu landasan di laluan yang dikendalikannya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: SMRT melabur lebih S$1 juta dalam bentuk sebuah mesin baharu bagi meningkatkan mutu landasan di laluan yang dikendalikannya.
Langkah tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan keandalan kereta api sebagai sebahagian daripada usaha SMRT melakukan inovasi dan menaik taraf sistemnya.
Landasan kereta api menjadi haus dan lusuh setelah beroperasi selama beberapa dekad.
Bagi menangani isu seperti calar serta memastikan rangkaian kereta api kekal selamat, SMRT menggantikan sebahagian landasan setiap hari.
Sejak Februari, SMRT menggunakan sebuah mesin pengimpal baharu bagi menyambung segmen landasan dengan lebih lancar dan tepat berbanding sebelum ini.
Antara pukul 1.30 pagi hingga pukul 4.30 pagi setiap hari, mesin pengimpal landasan menyambung dua batang landasan berukuran 18 meter menjadi satu landasan sepanjang 36 meter, dengan kira-kira lima rel sedemikian dibuat setiap hari.
Rel landasan lebih panjang itu kemudian dihantar ke seluruh rangkaian Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat bagi menggantikan landasan yang sudah haus dan lusuh.
SMRT menyatakan, mesin yang digunakan itu memberikan hasil yang lebih konsisten.
Ini kerana sistem automatiknya mampu membariskan kedua-dua segmen landasan dengan tepat.
Ia suatu peralihan daripada kaedah manual sebelum ini yang mana penyambungan landasan dibuat dengan menuang logam cair ke dalam acuan.
"Sistem ini direka khas untuk landasan kami yang unik dan terhad ruangnya di Laluan Utara-Selatan serta Timur-Barat. Ia meningkatkan kecekapan kami sebanyak 20 peratus dan memperkukuh keandalan khidmat kereta api," kata Timbalan Pengarah, Penyelenggaraan Infrastruktur Landasan SMRT Trains, Guan Junwei.
SMRT turut menambah bahawa mesin baharu tersebut mengurangkan masa mengimpal daripada 40 minit kepada hanya 15 minit.
Ia juga memerlukan bilangan pekerja yang lebih sedikit untuk mengendalikannya.
Setakat ini, lapan jurutera dan kakitangan teknikal terlatih untuk menyokong operasi dan penyelenggaraan mesin tersebut.
Menurut SMRT, pihaknya akan terus melabur dalam pembangunan tenaga kerja dan teknologi.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.