Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT, EDPR Sunseap luaskan perjanjian bekal tenaga suria di Depot Bishan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat pengangkutan SMRT Trains dan EDPR Sunseap pada Isnin (7 Nov) mengumumkan peluasan perjanjian untuk membekalkan tenaga suria di Depot SMRT di Bishan menjelang tahun depan.

"Di bawah perjanjian pembelian tenaga kuasa, EDPR Sunseap akan memasang sistem photovoltaic (PV) yang akan mempunyai kapasiti 1.56 megawatt-peak (MWp) apabila ia siap dibina pada 2023," menurut SMRT Trains dan EDPR Sunseap dalam satu kenyataan media bersama.

"Dengan perjanjian baru untuk menjana lebih banyak tenaga suria, SMRT semakin menghampiri matlamatnya untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050."

Kerjasama antara SMRT Trains dan EDPR Sunseap untuk menjana kuasa di Depot Bishan bermula pada 2016 dengan 10,000 meter persegi panel solar dipasang di atas bumbung bangunan utama depot sebagai sebahagian daripada perjanjian awal.

Pemasangan panel solar itu siap pada 2017 dengan kapasiti sistem PV sebanyak 1 MWp.

Tambahan sistem PV baru akan menambah kapasiti tenaga suria di Depot Bishan kepada 2.56 MWp.

Secara keseluruhannya panel solar tersebut akan menjana kira-kira 3,000 megawatt sejam (MWh) tenaga dalam setahun.

"Ia bersamaan dengan membekalkan kuasa kepada 700 flat awam empat bilik dan mengurangkan pelepasan 1,224 tan metrik karbon dioksida dalam setahun," menurut SMRT Trains dan EDPR Sunseap.

"Pengangkutan darat menyumbang kira-kira 15 peratus pelepasan karbon di Singapura dan syarikat pengangkutan awam seperti SMRT sedang beralih kepada sumber tenaga alternatif dan bersih bagi menyokong matlamat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dari pengangkutan darat sebanyak 80 peratus berbanding kemuncaknya pada 2016 menjelang 2050," menurut SMRT Trains dan EDPR Sunseap.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan