Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT buat aduan polis terhadap lelaki yang dilihat guna e-rokok dalam MRT

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT buat aduan polis terhadap lelaki yang dilihat guna e-rokok dalam MRT

(Gambar: Tangkapan skrin video @sgfollowsall/Instagram)

Diterbitkan : 12 Apr 2022 04:45PM Dikemas Kini : 12 Apr 2022 04:56PM

SINGAPURA: Syarikat pengendali pengangkutan SMRT pada Selasa (12 Apr) menyatakan pihaknya sudah membuat laporan polis selepas seorang lelaki yang tidak memakai pelitup dilihat merokok dalam kereta api. 

Video kejadian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram pada 8 April yang menunjukkan lelaki tersebut menurunkan pelitupnya ke bahagian dagu. Dia dilihat menghisap e-rokok sambil menggunakan telefon bimbitnya. 

"Kami maklum tentang video tidak bertarikh yang tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki tidak memakai pelitup sedang  menghisap e-rokok dalam kereta api. Kami sudah membuat laporan polis," kata Ketua Pegawai Perhubungan SMRT Margaret Teo semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. 

"SMRT memandang serius perbuatan sedemikian yang menjejas keselamatan orang lain," tambahnya. 

"Kami amat mengggalak penumpang agar sentiasa memakai pelitup pada bila-bila masa bagi mematuhi garis panduan perjalanan selamat selain melaporkan kejadian sedemikian kepada kakitangan kami." 

Merokok dalam pengangkutan awam dilarang dan pesalah boleh didenda sebanyak S$200 jika ditangkap, atau sehingga S$1,000 sekiranya disabit kesalahan di mahkamah. 

Selain itu, e-rokok juga dilarang di Singapura di bawah Akta Tembakau. Pesalah boleh didenda sehingga S$2,000 kerana membeli, menggunakan atau memiliki e-rokok. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan