Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT buat aduan polis selepas budak lelaki 'sengaja' halang pintu skrin platform ditutup

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT buat aduan polis selepas budak lelaki 'sengaja' halang pintu skrin platform ditutup

(Gambar: Tangkapan skrin video Unfair-Bike/Reddit)

SINGAPURA: Syarikat pengendali pengangkutan SMRT membuat laporan polis mengenai video tular yang menunjukkan seorang individu memaksa pintu skrin platform di sebuah stesen MRT, daripada ditutup. 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, presiden SMRT Trains Lam Sheau Kai pada Khamis (2 Mac) berkata, sekitar pukul 5.00 petang pada 28 Februari, seorang penumpang di platform menghala ke timur di stesen MRT Jurong East "sengaja menghalang pintu skrin platform daripada ditutup".

"Kami memandang serius kelakuan sedemikia - ia bukan saja berbahaya bagi individu yang terbabit, tetapi tindakan yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kelengahan pada khidmat kereta api, sekali gus menjejas ramai penumpang," kata Encik Lam. 

"Demi keselamatan semua orang, penumpang dinasihatkan jangan menghalang pintu apabila pintu ketika ia ditutup," katanya. 

Tambah beliau, SMRT sudahpun membuat laporan polis. 

Video yang dimuat naik ke laman media sosial Reddit pada Rabu (1 Mac), diambil dari perspektif individu yang kedengaran seperti seorang budak lelaki. 

Individu itu dilihat menghalang pintu skrin platform daripada ditutup dengan apa yang kedengaran seperti objek besi, menyebabkan kelengahan bagi kereta api yang sedang bergerak. Individu itu turut mendakwa video berkenaan akan dimuat naik ke YouTube, sebelum menarik balik kata-katanya itu. 

"Saya akan pergi jauh (daripada kereta api), supaya saya tidak kelihatan macam suspek," kata suara di sebalik kamera itu sedang dia berundur dari pintu kereta api. 

Sekitar seminit kemudian, seorang kakitangan SMRT kelihatan bergegas ke pintu platform yang terbabit dan dilihat membetulkan masalah tersebut sebelum kereta api itu bergerak. 

Catatan di Reddit itu menerima lebih 500 tanda 'suka' dan 200 komen, kebanyakan daripadanya mengutuk tingkah laku individu berkenaan. 

Peraturan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat menetapkan bahawa, tiada seseorang pun yang harus menganggu pintu skrin platform atau pintu kereta api, atau operasi pintu-pintu berkenaan, kecuali sewaktu kecemasan atau individu itu seseorang yang  diberi kebenaran untuk berbuat demikian. Hukuman maksimum bagi kesalahan tersebut adalah S$1,000. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan