SMRT buat aduan polis mengenai video dirakam di landasan
Anggaran Waktu Membaca:

Rakaman video yang dimuatnaikkan ke akaun Instagram memaparkan kereta api MRT dengan penumpang. (Gambar: Singapura Legends/Instagram)
SINGAPURA: Pengendali kereta api SMRT membuat aduan polis selepas muncul video yang dirakam di landasan MRT antara stesen Simei dengan Tanah Merah.
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (11 Jun), Presiden SMRT Trains Lam Sheau Kai berkata syarikatnya menyedari tentang video yang disebarkan di media sosial.
Rakaman itu diambil antara kedua-dua stesen, di mana kerja-kerja binaan berdekatan sedang dijalankan bagi jejambat baharu yang menghubungkan laluan kepada Depoh Bersepadu East Coast yang akan datang.
Dalam video itu, seseorang yang berada di landasan merakam kereta api yang membawa penumpang dan yang sedang menghampirinya. Selepas kereta api berlalu, individu itu melintasi landasan tersebut.
"Kami memandang serius insiden ini, kerana perbuatan menceroboh landasan membawa risiko tinggi keselamatan," kata Encik Lam.
"Perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian bukan sahaja membahayakan individu itu tetapu juga boleh menyebabkan gangguan, sekali gus menjejas ramai penumpang.
"Apabila brek kecemasan diaktifkan, terdapat juga risiko menyebabkan kecederaan ke atas para penumpang di dalam kereta api."
Beliau menambah SMRT sedang bekerjasama dengan polis dalam siasatannya.
Mediacorp sudah menghubungi polis untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
<<embed the video>>

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.