SMRT, 5 politeknik meterai MOU tingkatkan bakat industri pengangkutan
Syarikat SMRT dan lima politeknik di Singapura akan meningkatkan lagi kerjasama menerusi satu Memorandum Persefahaman (MOU) baru.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat SMRT dan lima politeknik di Singapura akan meningkatkan lagi kerjasama menerusi satu Memorandum Persefahaman (MOU) baru.
Ia akan memastikan peralihan lebih lancar bagi para penuntut untuk menceburi kerjaya dalam industri pengangkutan serta menyediakan lebih banyak bakat bagi operasi SMRT.
Di bawah MOU itu, para penuntut akan didedahkan kepada pelbagai jenis pekerjaan di SMRT seperti kejuruteraan, operasi dan perhubungan.
Mereka juga akan dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran diperlukan untuk memenuhi permintaan industri itu yang berubah-ubah.
Tenaga pengajar politeknik pula berpeluang terlibat dalam projek-projek SMRT untuk menimba ilmu serta mengemas kini sukatan mata pelajaran agar sesuai dengan keperluan industri pengangkutan.

Sumber : CNA/MU/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.