SME tempatan hasilkan pendakap lutut lebih ringan, tahan lasak
Pendakap lutut itu 30% lebih ringan untuk memudahkan pergerakan dan 80% lebih murah agar lebih dimampui ramai.

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Pendakap lutut baru untuk warga tua yang mengalami masalah lutut telah dihasilkan di Singapura.
Produk tersebut bukan seperti pendakap lutut biasa.
Ianya 30 peratus lebih ringan untuk memudahkan pergerakan dan 80 peratus lebih murah untuk memastikan orang ramai mampu membelinya.
Ia juga mempunyai teknologi untuk mengurangkan rasa sakit.
Pakar bedah ortopedik Dr Jeffrey Chew melihat keperluan bagi pendakap lutut sedemikian, khusus untuk pesakit warga emas.
Namun ia memerlukan masa untuk menjadi kenyataan.
Produk itu merupakan contoh bagaimana syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) tempatan dapat memanfaatkan keupayaan R&D yang kukuh di Singapura untuk mengubah produk-produk konvensional dan meningkatkan lagi daya saing mereka.
Bagi kes pendakap lutut itu, syarikat Delsson Singapore bekerjasama dengan pakar cetakan 3D dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) untuk menghasilkan produk tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.