Skip to main content

Singapura

SME dapat potongan 10% apabila beli insurans kumpulan Singlife

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) kini boleh menawarkan faedah lebih baik kepada kakitangannya, sambil mengurangkan kos operasi mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jul 2025 07:59PM Dikemas Kini : 25 Jul 2025 12:06AM
SINGAPURA: Perusahaan kecil dan sederhana (SME) kini boleh menawarkan faedah lebih baik kepada kakitangannya, sambil mengurangkan kos operasi mereka.

Dengan kerjasama Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), firma khidmat kewangan Singlife menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus bagi premium tahun pertama, di bawah pelan insurans kumpulan.

Perkara tersebut diumumkan dalam satu persidangan pada Khamis (24 Jul).

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan memantau sambutan terhadap kerjasama tersebut dan mungkin melanjutkan rancangan serupa dengan syarikat insurans lain pada masa depan.

"Jika para pekerja sihat dan cergas, mereka boleh memberi tumpuan kepada tugas mereka. Majikan pun mendapat manfaatnya dan mereka boleh menikmati kadar premium insurans yang lebih rendah.

"Ini membantu mereka mengharungi keadaan yang kadangkala mencabar, terutamanya dari segi kos," kata Menteri Negara Tenaga Manusia, Dinesh Vasu Dash.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita