SMC Hougang kekal di tangan WP dengan 61.19% undi
Encik Dennis Tan mempertahankan kubu kuat Parti Pekerja (WP) di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hougang, mengalahkan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hong Chuang dengan 61.19 undi sah.
(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Encik Dennis Tan mempertahankan kubu kuat Parti Pekerja (WP) di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hougang, mengalahkan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hong Chuang dengan 61.19 undi sah.
Encik Lee memperoleh 38.81 peratus undi, lebih rendah berbanding 42.34 peratus yang diperolehnya semasa Pilihan Raya Umum 2015 ketika beliau bertanding buat pertama kalinya.
Lawannya, Encik Tan, dipilih mewakili WP untuk menggantikan mantan Anggota Parlimen Hougang, Encik Png Eng Huat, yang tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini.
Ini juga merupakan kali kedua Encik Tan bertanding dalam pilihan raya. Pada 2015, beliau kalah di Fengshan tetapi memperoleh cukup undi untuk menjadi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).
"Keputusan hari ini menunjukkan mengapa Hougang dikenali sebagai mercu demokrasi di Singapura. Terima kasih kerana terus yakin dengan WP sejak 29 tahun yang lalu,” katanya dalam ucapan terima kasih yang disiarkan di laman Facebook WP.
"Saya benar-benar merasa rendah hati dengan sokongan anda. Saya akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada anda dan bersuara untuk anda di Parlimen. "
Setelah keputusan diumumkan, Encik Lee dari PAP juga menzahirkan penghargaannya di Facebook. Dalam satu video yang disiarkan di lamannya, beliau mengulangi ucapan "terima kasih" dalam empat bahasa rasmi Singapura: Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil.
Hougang menjadi kubu pembangkang sejak mantan ketua WP Low Thia Khiang merampasnya dari PAP pada 1991.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.