Skip to main content

Singapura

SM Tharman adakan lawatan kerja terakhir sebagai menteri kanan ke Rome, Geneva

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jun 2023 06:56PM Dikemas Kini : 30 Jun 2023 08:50PM
SINGAPURA: Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam akan mengadakan lawatan kerja ke Rome dan Geneva mulai Sabtu (1 Jul).

Ini merupakan lawatan terakhirnya sebagai Menteri Kanan Singapura.

Encik Tharman akan bersara dari politik dan semua jawatannya dalam perintah mulai 7 Julai.

Ini menjelang hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.
Di Rome, Encik Tharman akan menyampaikan Kuliah Peringatan McDougall di Persidangan Menteri-Menteri bagi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Beliau juga akan bertemu dengan Ketua Pengarah FAO Qu Dong Yu dan rakan-rakan sejawatnya dari luar negara.

Di Geneva pula, Encik Tharman akan mempengerusikan bersama Suruhanjaya Global bagi Ekonomi Air.

Beliau akan diiringi para pegawai Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan agensi air negara PUB.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita