Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SM Teo akan semak sewa hartanah negara di Ridout Road; Shanmugam, Dr Balakrishnan minta semakan bebas

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2023 06:10PM Dikemas Kini : 23 May 2023 09:57PM
SINGAPURA: Satu semakan akan dijalankan berhubung penyewaan hartanah negara di Ridout Road oleh Menteri K Shanmugam dan Menteri Vivian Balakrishnan.

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (23 Mei).

Menurut PM Lee, beliau telah meminta laporan daripada agensi-agensi relevan untuk membentangkan laporan-laporan serta fakta-fakta pada minggu lalu.

PM Lee menambah bahawa Encik Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri Undang dan Dr Balakrishnan, Menteri Ehwal Luar, telah meminta semakan yang bebas daripada kementerian dan agensi yang diselia oleh kedua-dua menteri tersebut.

"Saya juga telah meminta Encik Teo Chee Hean, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara untuk menyemak semula perkara tersebut dan memastikan sama ada proses yang betul telah dipatuhi dan jika terdapat sebarang salah laku," kata PM Lee.

Ini mesti dilakukan untuk memastikan pemerintah ini menegakkan piawai integriti tertinggi.

"Saya telah meminta SM Teo untuk menjalankan semakan itu dengan pantas dan cekap dan mendedahkan hasil semakan itu secara terbuka apabila parlimen bersidang kelak."

Ridout Road terletak di pinggir Holland Road dan berhampiran dengan kawasan gaya hidup dan hiburan Dempsey Hill.

Ridout Road adalah sebahagian daripada Taman Ridout, yang disenaraikan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sebagai salah satu daripada 39 "Kawasan Banglo Kelas Baik" di Singapura.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) itu dikeluarkan lebih seminggu selepas Penguasa Tanah Singapura (SLA) menyatakan bahawa Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan membuat bidaan yang melebihi "sewa panduan" bagi rumah banglo kolonial.

Penyewaan mereka juga "dilakukan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur-prosedur SLA yang relevan", menurut agensi tersebut pada 12 Mei, sebagai respons kepada beberapa rencana online yang diterbitkan oleh Ketua Parti Reform Kenneth Jeyaretnam, yang mempersoalkan jika kedua-dua menteri tersebut "membayar kurang daripada nilai pasaran yang adil".
Isu itu akan didengar dalam sidang parlimen akan datang pada Julai, dengan Ketua Pembangkang Pritam Singh dan tiga Anggota Parlimen dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sudah membentangkan soalan berkaitan penyewaan hartanah negara.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan