Skip to main content

Singapura

SM Lee ucap selamat ulang tahun ke-100 kepada Dr Mahathir

Menteri Kanan Lee Hsien Loong mengutuskan surat ucapan selamat ulang tahun ke-100 kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad pada Khamis (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jul 2025 07:09PM Dikemas Kini : 10 Jul 2025 11:35PM
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong mengutuskan surat ucapan selamat ulang tahun ke-100 kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad pada Khamis (10 Jul).

Dalam suratnya, SM Lee mendoakan agar Dr Mahathir "panjang umur, terus sihat dan ceria selalu".

SM Lee menambah, kejayaan Malaysia hasil daripada kepimpinan dan visi serta usaha tanpa mengenal erti penat lelah Dr Mahathir untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

SM Lee berkata dasar-dasar dan perubahan berani yang dilaksanakan negarawan Malaysia itu meletakkan Malaysia ke arah menjadi sebagaimana ia sekarang dan meningkatkan kehidupan jutaan penduduk Malaysia.

Di peringkat serantau, SM Lee menarik perhatian bahawa Dr Mahathir memperjuangkan perpaduan ASEAN, dan khidmat Dr Mahathir selama berdekad-dekad menghasilkan "perubahan yang berkekalan kepada Malaysia dan ASEAN".

SM Lee turut menyampaikan penghargaan kepada isteri Dr Mahathir, iaitu Dr Siti Hasmah, yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-99 pada Jumaat ini (11 Jul).
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita