SM Lee terima penghormatan Orde Australia atas 'khidmat cemerlang' dalam perkukuh hubungan SG-Australia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong dilantik sebagai Sahabat Kehormat bagi Orde Australia pada Selasa (5 Ogos) atas “khidmat cemerlang” beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Orde Australia, termasuk pelantikan kehormat, yang mengiktiraf rakyat Australia dan warga asing atas khidmat luar biasa atau pencapaian cemerlang mereka.
Ia merupakan anugerah tertinggi yang boleh diberikan oleh Australia.
Anugerah ini terbahagi kepada dua bahagian - ketenteraan dan umum - dan mempunyai empat peringkat: Sahabat Orde (Companion of the Order), Pegawai Orde (Officer of the Order), Anggota Orde (Member of the Order), dan Pingat Orde (Medal of the Order).
Anugerah yang diterima oleh Encik Lee termasuk dalam bahagian umum.
Petikan (citation) anugerah tersebut menekankan “khidmat cemerlang” Encik Lee terhadap hubungan dua hala antara Australia dan Singapura.
“Sepanjang 40 tahun kerjaya politiknya, dan terutamanya sebagai Perdana Menteri Singapura dari tahun 2004 hingga 2024, Encik Lee telah membuat sumbangan besar dalam memajukan hubungan Australia-Singapura,” menurut kenyataan itu.
“Beliau menjadi penyokong kuat dan berpengaruh bagi hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara kita, dan secara konsisten memacu perjanjian serta inisiatif yang menggalak hubungan yang lebih kukuh dan saling menguntungkan.”
Kenyataan itu turut menambah bahawa kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara “berkembang maju dengan pesat” semasa tempoh beliau sebagai perdana menteri, dengan Singapura kini menjadi rakan dagangan dan pelabur terbesar Australia di Asia Tenggara.
Dalam ucapannya semasa majlis penganugerahan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Australia, Encik Lee berkata beliau berasa “amat rendah diri” menerima anugerah itu.
“Saya menerimanya bagi pihak generasi rakyat Singapura dan Australia yang telah berusaha gigih mengukuhkan perkongsian antara negara kita sepanjang enam dekad lalu,” tambahnya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua gabenor atas kata-kata mesra dan murah hati beliau, yang mengembalikan banyak kenangan manis tentang pelbagai interaksi, pertukaran dan lawatan ke Australia selama beberapa dekad.”
Beliau mengimbas kembali bagaimana Australia merupakan antara negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Singapura dan negara pertama yang menjalin hubungan diplomatik. Pada tahun 1971,
Australia turut memberi sokongan keselamatan menerusi 'Five Power Defence Arrangements', yang masih berkuat kuasa hingga kini.
Hubungan dua hala itu menjadi bertambah erat dari semasa ke semasa.
Encik Lee berkata bahawa Singapura dan Australia sedang meraikan ulang tahun ke-35 Latihan Wallaby, iaitu latihan sepihak terbesar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang diadakan di Kawasan Latihan Shoalwater Bay di Queensland.
Beliau turut menekankan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Singapura-Australia pada tahun 2003 - FTA dua hala pertama Australia dengan sebuah negara Asia - serta pemeteraian terkini Perjanjian Ekonomi Digital dan Perjanjian Ekonomi Hijau antara kedua-dua negara.
Perkongsian Strategik Menyeluruh yang dilancarkan pada 2015 juga dijangka akan ditingkatkan semasa lawatan Perdana Menteri Lawrence Wong ke Australia bagi Mesyuarat Tahunan Pemimpin yang ke-10 pada hujung tahun ini, kata Encik Lee.
Selain hubungan dua hala, Encik Lee turut menekankan peranan penting Australia di rantau ini, termasuk menjadi rakan dialog pertama ASEAN pada tahun 1974.
Ketika merenung hubungan kedua-dua negara, Encik Lee memuji nilai bersama, perspektif dunia yang serasi, serta “kepercayaan mendalam yang dibina sepanjang tahun”.
“Kita berdua percaya kepada kepentingan satu sistem berbilang hala yang terbuka, inklusif dan berasaskan peraturan. Masyarakat kita adalah berbilang budaya, pelbagai, dan bersifat pragmatik,” katanya.
“Pemimpin Australia daripada kedua-dua pihak politik menghargai bahawa masa depan Australia amat berkait rapat dengan rantau kita, manakala Singapura secara konsisten berusaha menjadi rakan yang teguh dan peneraju bagi pelibatan Australia di Asia Tenggara.”
Beliau menambah bahawa hubungan yang “mendalam dan meluas” ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil daripada “usaha gigih berterusan, kehendak politik, dan kepercayaan bersama yang dibina melalui waktu-waktu sukar bersama”.
“Saya berasa bertuah kerana dapat memainkan sedikit peranan dalam mengukuhkan hubungan ini. Saya yakin bahawa persahabatan antara Singapura dan Australia akan terus berkembang dan maju,” katanya.
Seorang lagi rakyat Singapura yang pernah dilantik sebagai Sahabat Kehormat bagi Orde Australia ialah mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong pada Februari 2005.
Mantan Menteri Ehwal Luar George Yeo pula dilantik sebagai Pegawai Kehormat Orde Australia pada November 2012.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.