SM Lee terima Anugerah Ar-Raniry dari Universiti Islam Negeri Ar-Raniry
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MFA)
- Bagi mengiktiraf sumbangan Singapura dalam usaha-usaha bantuan selepas tragedi tsunami yang menimpa Aceh, Menteri Kanan Lee Hsien Loong menerima Anugerah Ar-Raniry dari Universiti Islam Negeri Ar-Raniry di Banda Aceh, Indonesia.
- SM Lee merupakan Perdana Menteri Singapura ketika bencana tsunami itu, yang merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah, melanda Asia.
- Menurut SM Lee, menerusi kerjasama rapat dengan pemerintah Indonesia, Singapura menghulurkan bantuan dan menyertai usaha-usaha kemanusiaan antarabangsa.
- Kini setelah 20 tahun, Aceh sudah mencatat kemajuan besar dalam pemulihannya, tulis SM Lee, dan muncul sebagai wilayah yang rancak dan penuh jaminan.
SINGAPURA: Bagi mengiktiraf sumbangan Singapura dalam usaha-usaha bantuan selepas tragedi tsunami yang menimpa Aceh, Menteri Kanan Lee Hsien Loong menerima Anugerah Ar-Raniry dari Universiti Islam Negeri Ar-Raniry di Banda Aceh, Indonesia.
Anugerah itu disampaikan semalam menerusi Datuk Bandar CDC Tenggara, Fahmi Aliman, bagi pihak SM Lee.
SM Lee merupakan Perdana Menteri Singapura ketika bencana tsunami itu, yang merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah, melanda Asia.
Aceh merupakan antara kawasan paling teruk terjejas dek tsunami itu.
Menurut SM Lee, menerusi kerjasama rapat dengan pemerintah Indonesia, Singapura menghulurkan bantuan dan menyertai usaha-usaha kemanusiaan antarabangsa.
Dalam catatan beliau di laman Facebook, SM Lee menyatakan beliau tidak akan melupakan lawatannya ke Aceh selepas bencana itu yang menyaksikan begitu banyak kematian.

Kini setelah 20 tahun, Aceh sudah mencatat kemajuan besar dalam pemulihannya, tulis SM Lee, dan muncul sebagai wilayah yang rancak dan penuh jaminan.
Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.