SM Lee tekan pentingnya kekalkan hubungan baik dengan negara ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong menekankan peri pentingnya untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara jiran dalam ASEAN.
Dalam apa yang disifatkan sebagai hubungan yang
"umumnya mantap, baik dan mesra," SM Lee berkata, Singapura perlu memastikan hubungan tersebut kekal kukuh di tengah-tengah pergolakan sejagat.
Berucap di pembukaan Kelab Masyarakat Cheng San yang dinaik taraf, SM Lee berterima kasih kepada para penduduk bagi mandat kukuh dalam GE2025 Mei lalu.
Ini meletakkan Perdana Menteri Lawrence Wong dan pasukannya dalam kedudukan yang baik untuk memajukan negara.
Walaupun prospek ekonomi Singapura tahun ini lebih baik dari yang dijangkakan,SM Lee mengingatkan momentum ini tidak harus diambil ringan, terutama sedang pergolakan sejagat berterusan.
Beliau berkata: "Perdagangan antarabangsa akan menjadi kurang pasti. Pelaburan antarabangsa akan beralih, juga akan berkurangan.
"Ia akan seperti ini untuk masa yang lama. Bermakna, pertumbuhan lebih rendah, kemajuan lebih perlahan dan kemakmuran lebih rendah. Lebih banyak pergeseran dengan negara-negara lain, antara pelbagai negara, dan dunia yang lebih bermasalah.
"Dalam dunia seperti ini, semua orang rugi. Namun negara-negara kecil, saya rasa adalah yang paling terdedah − kita paling banyak menanggung rugi."
SM Lee menggambarkan hubungan dengan negara-negara jiran kita sebagai "secara umumnya stabil, baik dan mesra".
Beliau berkata Rahat Pemimpin baru-baru ini antara PM Wong dengan PM Anwar Ibrahim, "berjalan dengan baik".
Isu-isu yang sekian lama wujud sedang diusahakan, tetapi tidak mudah dihuraikan.
Dalam menghadapi masa-masa yang sukar, SM Lee menegaskan,penting untuk rakyat Singapura kekal bersatu dan bekerjasama.
Lantaran itu, ruang bersama seperti kelab masyarakat dapat bantu membina masyarakat yang kukuh.

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.