Skip to main content

Singapura

SM Lee sertai 1,000 penduduk Teck Ghee raikan NDP 2024

Anggaran Waktu Membaca:
SM Lee sertai 1,000 penduduk Teck Ghee raikan NDP 2024

Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook

Diterbitkan : 09 Aug 2024 05:19PM Dikemas Kini : 09 Aug 2024 05:21PM
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, menyertai lebih 1,000 penduduk Teck Ghee pada Jumaat (9 Ogos) untuk menyambut ulang tahun ke-59 Singapura.
Para Anggota Perkhidmatan Negara, warga baharu dan golongan pelajar juga ikut sama memeriahkan sambutan di Kelab Masyarakat Teck Ghee.

Antara sorotan utama - persembahan tarian daripada si cilik.

Bagi para penduduk Teck Ghee, ini adalah peluang untuk meraikan pencapaian dan detik-detik penting Singapura bersama-sama.

Dalam kalangan mereka ialah SM Lee yang merupakan AP kawasan itu selama lebih empat dekad.

Walaupun hujan tiba-tiba turun, ia tidak melunturkan semangat mereka dengan sambutan beralih ke tempat tertutup.

Lebih banyak atur cara menarik juga tersedia buat kedua-dua golongan muda dan tua.

Sebuah kek hari jadi gergasi menjadi kemuncak sambutan Hari Kebangsaan Singapura.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita