SM Lee, Presiden Xi tegaskan pentingnya hubungan dua hala SG-China di tengah keadaan global tidak menentu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di tengah-tengah iklim geopolitik yang semakin tidak menentu, pemimpin Singapura dan China memuji hubungan dua hala yang muhibbah - dan menekankan nilai hubungan yang lebih erat bukan sekadar untuk manfaat bersama, tetapi juga untuk menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau.
"Kerjasama dua hala kita amat berharga di tengah-tengah persekitaran global yang semakin tidak menentu," kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong dalam satu mesyuarat bersama Presiden China Xi Jinping di Beijing pada Selasa petang (26 Nov).
Ini sebagai sebahagian daripada lawatan kerja SM Lee ke China selama enam hari.
SM Lee merujuk kepada ketegangan memuncak antara kuasa-kuasa besar, serta keutamaan negara yang berubah. Daripada penyelarasan ekonomi dan kerjasama berbilang hala antarabangsa, negara-negara semakin bergantung kepada keselamatan nasional dan daya bingkas rantaian bekalan, tambahnya.
China dan Amerika Syarikat bertentangan dalam pelbagai isu seperti perdagangan dan teknologi. Persaingan itu akan menjadi lebih mendalam dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada para pengkritik China. Ahli perniagaan yang bertukar menjadi ahli politik itu sudah dengan jelas menyatakan bahawa beliau berhasrat untuk mengenakan tarif menyeluruh sehingga 60 peratus ke atas semua barangan China.
"Ini menjadikannya lebih penting lagi dalam persekitaran demikian bagi negara-negara yang sependapat, negara-negara besar, serta negara-negara kecil, berusaha untuk mewujudkan kerjasama sebaik mungkin bagi manfaat rakyat masing-masing," SM Lee memberitahu Presiden Xi pada awal mesyuarat di Rumah Tamu Pemerintah Diaoyutai, di mana China sering menyambut orang-orang kenamaan dan pemimpin negara.
<<BACA: Trump ikrar tarif 25% ke atas produk Kanada & Mexico, cukai 35% terhadap China>>
Dalam ucapannya, Encik Xi menarik perhatian kepada bagaimana peningkatan hubungan Singapura-China tahun lalu kepada "Perkongsian Berorientasikan Masa Depan Bermutu Tinggi Sepenuhnya" mewujudkan rangka kerja strategik yang jelas bagi pembangunan hubungan dua hala.
“Kita harus mengukuhkan lagi penjajaran strategi pembangunan, memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang, membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberi sumbangan baharu dan lebih besar kepada keamanan dan kemakmuran serantau,” kata Encik Xi, sambil menunjukkan bahawa kedua-dua pihak akan menandakan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik tahun depan.
MODEL BAGI KEJERSAMA DUA HALA
Kedua-dua pemimpin juga memuji model Taman Perindustrian Suzhou (SIP) China-Singapura sebagai pelan tindakan bagi kerjasama dua hala pada masa hadapan. Projek itu merupakan projek antara pemerintah yang pertama bagi kedua-dua negara. Pemimpin Singapura selama ini menyifatkannya sebagai "pelopor" bagi kerjasama dua hala.
Dilancarkan pada tahun 1994 semasa pembaharuan ekonomi dan perindustrian China, zon perindustrian bersama sejak itu sudah berubah daripada tanah ladang rendah kepada hab perbandaran bersepadu yang moden untuk industri berteknologi tinggi.
Encik Xi berkata transformasi itu juga "bukti pelibatan mendalam Singapura dalam pembaharuan dan keterbukaan China".
Merujuk kepada transformasi tersebut dan pemodenan SIP, SM Lee menyatakan bahawa hanya terdapat satu produk tradisional yang terus dieksport.
“Dan saya melihat papan tanda untuknya di restoran dan hotel hari ini, ia adalah ketam berbulu dari tasik Yangcheng. Ia adalah produk bermutu tinggi dan kandungan bermutu tinggi daripada SIP. Semua yang lain adalah baharu.”
Beijing merupakan bahagian kedua dalam lawatan rasmi Encik Lee selama enam hari ke China. Beliau pada awalnya berada Suzhou, di mana beliau menghadiri acara meraikan ulang tahun ke-30 Taman Perindustrian Suzhou dan bertemu dengan Naib Perdana Menteri China He Lifeng.
Encik Lee berkata semasa satu acara pada Isnin (25 Nov) bahawa Singapura kekal yakin dengan masa depan China, sambil mengingatkan bahawa "tidak wajar" untuk mengetepikan ekonomi kedua terbesar di dunia itu walaupun Beijing sedang bergelut dengan cabaran di dalam dan luar negara.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.