Skip to main content

Singapura

SM Lee luah rasa sedih atas pemergian anggota NSmen; iktiraf sumbangan, pengorbanan sempena Hari SAF

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong meluahkan rasa sedih atas berita anggota Perkhidmatan Negara (NSmen) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang meninggal dunia selepas rebah di luar Kem Maju pada Isnin (30 Jun).

SM Lee berkata demikian di laman Facebooknya pada Selasa (1 Jul) sempena Hari SAF.
Awal sebelum itu, anggota NSmen tersebut menamatkan sesi Latihan Peningkatan Kecergasan Perkhidmatan Negara (NS FIT) di kem tersebut.

Menyusuli insiden itu, SAF menggantung buat sementara waktu latihan NS FIT atas sebab keselamatan sehingga Jumaat (4 Jul).

SAF juga sedang menghulurkan sokongan kepada keluarga mangsa dalam waktu duka ini.

SM Lee berkata: "Sedang kita memperingati komitmen teguh anggota kerahan lelaki dan wanita kita dalam melindungi Singapura, kami juga mahu melindungi kehidupan mereka, dan supaya mereka dapat menjalani latihan dengan selamat dan itulah menjadi keutamaan kami."

"Dengan SAF yang kukuh dan selamat, barulah kita boleh dilindungi daripada ancaman yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, dan bagi penakatan kita dalam dunia yang sedang bergolak dan semakin rumit ini.

"Marilah kita #HormatSAF semua anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF), askar sepenuh masa, NSmen dan keluarga mereka, atas sumbangan dan pengorbanan mereka dalam menjadikan Singapura selamat," kata SM Lee.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita