SM Lee lakukan lawatan ke Pahang, Terengganu pada 4 hingga 8 Mei
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan ke Pahang dan Terengganu mulai Isnin (4 Mei) hingga 8 Mei, di mana beliau akan bertemu dengan pemimpin kanan dari kedua-dua negeri Malaysia.
Dalam satu kenyataan media pada Ahad (3 Mei), Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Encik Lee akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau juga akan bertemu dengan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan pemimpin negeri yang lain.
Di Terengganu, Menteri Kanan Lee akan bertemu dengan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan pemimpin negeri yang lain.
Pemegang jawatan politik Singapura yang terakhir mengunjungi Terengganu adalah bekas Menteri Kedua bagi Ehwal Luar merangkap Pendidikan Maliki Osman pada 2023.
"Lawatan Menteri Kanan Lee meneruskan momentum kukuh perkongsian dua hala, memperdalam hubungan Singapura yang telah lama terjalin dan pelbagai aspek dengan negeri-negeri Malaysia dan para pemimpin mereka," menurut PMO.
Encik Lee akan ditemani oleh isterinya, Ho Ching, Menteri Undang-Undang Edwin Tong, Menteri Negara Kementerian Ehwal Luar Zhulkarnain Abdul Rahim, Anggota Parlimen Joan Pereira dan pegawai Kementerian Ehwal Luar, menurut PMO.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.