Skip to main content

Singapura

SM Lee Hsien Loong lawat China dari 24 Nov, dijangka bertemu Presiden Xi Jinping

Anggaran Waktu Membaca:
SM Lee Hsien Loong lawat China dari 24 Nov, dijangka bertemu Presiden Xi Jinping

Presiden China Xi Jinping (kanan) bertemu dengan Encik Lee Hsien Loong, ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, di Beijing, pada 31 Mac 2023. (Gambar: Ding Haitao/Xinhua menerusi AP)

Diterbitkan : 24 Nov 2024 04:34PM Dikemas Kini : 24 Nov 2024 04:42PM
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan ke China dari Ahad (24 Nov) hingga 29 Nov, di mana beliau akan turut serta dalam acara sempena ulang tahun ke-38 Taman Perindustrian Suzhou (SIP).

Selain itu, beliau akan bertemu empat mata dengan pemimpin kanan China, termasuk Presiden Xi Jinping.

Lawatan rasmi itu meliputi perjalanannya ke Suzhou, Beijing dan Shanghai, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Lawatan itu dibuat sedang Singapura dan China menjalin kerjasama yang lebih erat, dengan kedua-dua negara itu baru-baru ini memeterai 25 perjanjian di mesyuarat dua hala peringkat tertinggi tahunannya.

Ini sekali gus merupakan lawatan pertama Encik Lee ke China sejak beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri Singapura itu kepada Encik Lawrence Wong pada Mei lalu.

Sementara di Suzhou, Encik Lee akan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan yang dianjurkan khas sempena ulang tahun ke-30 SIP itu, yang merupakan projek pemerintah-ke-pemerintah sulung antara Singapura dan China, dengan diiringi Naib Perdana Menteri China He Lifeng.

Encik He akan menjadi tuan rumah bagi jamuan tengah hari bersama Encik Lee.

Encik Lee bakal menyampaikan ucapan di meja bundar bagi "Pembangunan Mutu Tinggi di SIP" ("High Quality Development in the SIP"), menurut MFA.

Beliau akan mengunjungi pameran Pencapaian 30 Tahun SIP itu, menyertai sebuah majlis menanam pokok dan melawat pusat pameran projek bersama baharu oleh syarikat-syarikat Singapura di SIP.

Di Beijing, Encik Lee akan mengadakan pertemuan dengan Encik Xi dan dihoskan ke jamuan makan malam oleh Encik Xi, jelas MFA.

Beliau akan turut mengadakan pertemuan dengan Encik Wang Huning, pengerusi badan penasihat politik tertinggi China, Persidangan Perundingan Politik Rakyat China.

Sementara di Shanghai, Encik Lee akan bertemu dengan barisan kepimpinan bandar itu, menurut MFA.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Singapura yang berada di luar negara di hab kewangan China itu.

Encik Lee akan ditemani isterinya Ho Ching, serta diiringi Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Taman Perindustrian Suzhou Chan Chun Sing, Menteri Kanan Negara Sim Ann dan Low Yen Ling, serta pegawai dari pelbagai kementerian, menurut MFA.

Lawatan Menteri Kanan tersebut dibuat hampir dua minggu selepas lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat.

Semasa di Amerika, Encik Lee menyampaikan ceramah di Universiti Harvard, sempena ulang tahun ke-40 dana pelaburan milik Singapura GIC di negara itu, dan terlibat dengan pemikir strategik dan pemimpin korporat terkemuka yang berpangkalan di Amerika.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita