Skip to main content

Singapura

SM Lee gesa rakyat SG bersama-sama bina masa depan lebih cerah

Anggaran Waktu Membaca:
 SM Lee gesa rakyat SG bersama-sama bina masa depan lebih cerah

SM Lee berucap kepada lebih 1,500 penduduk Ang Mo Kio di sebuah pesta SG60 pada 16 Ogos 2025. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 17 Aug 2025 10:08AM Dikemas Kini : 17 Aug 2025 07:11PM
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong menggesa orang ramai supaya bekerjasama untuk membina masa depan yang lebih cerah buat Singapura, di tengah-tengah dunia yang bergolak.

Semasa berucap kepada lebih 1,500 penduduk Ang Mo Kio di sebuah pesta SG60 semalam (16 Ogos), SM Lee menambah bahawa ulang tahun ke-60 adalah satu peluang untuk menghargai generasi sebelumnya.

"Ada banyak yang kita tidak tahu tentang dunia ini, tetapi satu perkara yang kita tahu ialah jika kita berganding bahu, jika kita yakin dan percaya satu sama lain serta berkembang maju sebagai satu bangsa, satu negara, saya rasa kita boleh jadikan Singapura lebih makmur, bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga untuk anak cucu kita pada tahun-tahun mendatang," kata SM Lee.

Sempena SG60, jambatan landasan MRT di Ang Mo Kio dihiasi tema yang membawa kenangan nostalgia.

Antara rekaan yang menarik ialah penampilan permainan sekolah zaman dahulu, kraf bertemakan Singapura, serta pameran barang-barang seperti kad bas dahulu.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita