SM Lee gariskan 3 ciri masyarakat Melayu/Islam yang boleh dibanggakan
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Terus maju, mencapai puncak kecemerlangan yang baharu dalam pendidikan dan kerjaya.
Demikian harapan Menteri Kanan Lee Hsien Loong buat masyarakat Melayu/Islam dalam tahun-tahun mendatang.
Berucap di majlis makan malam penghargaan untuk dirinya oleh masyarakat Melayu/Islam di Singapore EXPO pada Jumaat malam (20 Sep), SM Lee juga berharap agar masyarakat Melayu/Islam “memupuk semangat bersatu padu dan kewarganegaraan yang kukuh, membantu satu sama lain melalui masa-masa sukar dan sama-sama meraikan kejayaan”.
Acara itu dihadiri lebih 600 tetamu termasuk para menteri, para pemimpin dan anggota badan-badan Melayu/Islam (MMO).
KEMAJUAN MASYARAKAT MELAYU/ISLAM
Dalam ucapannya, SM Lee mengatakan bahawa masyarakat Melayu/Islam boleh berbangga dengan kemajuan cemerlang yang dicapainya.
Antara pencapaian itu termasuk lebih ramai pekerja Melayu yang kini menceburi sektor-sektor yang sedang berkembang.
Beliau berkata: “Kalau kita bandingkan dari tahun 2000 hingga 2020, pekerja Melayu yang memegang jawatan PMET meningkat dari 23.4 peratus kepada 39.0 peratus.”
“Dalam bidang pendidikan pula, peratusan graduan universiti dalam kalangan orang dewasa Melayu, meningkat lima kali ganda, daripada 2.1 peratus kepada 10.8 peratus,” tambah beliau lagi.
Selain itu, SM Lee juga menarik perhatian kepada peningkatan nisbah belia Melayu yang lulus di peringkat posmenengah atau lebih tinggi.
“Jumlah itu meningkat lebih dua kali ganda, dari sekitar 30 peratus kepada 80 peratus. MUIS, dengan sokongan anda, juga berjaya meningkatkan kualiti pendidikan madrasah melalui Skim Madrasah Bersama (JMS),” tambah mantan Perdana Menteri Singapura itu.
Menurut SM Lee, kemajuan ini merupakan antara tiga ciri masyarakat Melayu/Islam yang boleh dibanggakan negara.
MEMELIHARA KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA
Lagi satu ciri tersebut ialah peranan masyarakat Melayu/Islam dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama.
Masyarakat Melayu/Islam kata beliau, telah lama memahami peri pentingnya keharmonian antara kaum dan agama, serta memainkan peranan anda untuk memelihara dan memperkukuhkannya.
“Singapura adalah negara sekular, tetapi kita juga berbangga dengan identiti kita sebagai negara berbilang kumpulan etnik dan agama. Konteks unik ini membentuk cara penganut setiap agama mengamalkan kepercayaan masing-masing,” tambah beliau.
SM Lee juga berpendapat bahawa masyarakat Melayu/Islam telah berjaya mengamalkan tuntutan agama mereka dengan yakin dan harmoni di samping masyarakat lain menerusi kesederhanaan, sikap bertolak ansur, dan membina jambatan dengan kumpulan-kumpulan masyarakat lain.
Usaha-usaha itu kata beliau, terbukti genting ketika menangani isu-isu sukar bersama.
Masyarakat Melayu/Islam juga menurutnya berjaya menangani isu-isu sensitif dengan penuh kematangan.
Antara contoh isu sensitif yang disebutkan beliau termasuk penutupan masjid semasa pandemik, pemakaian tudung untuk jururawat, pemansuhan Seksyen 377A dan konflik Israel-Hamas.
“Masyarakat Melayu/Islam terutamanya, sangat terkesan dengan nasib mangsa mangsa konflik tersebut, seperti umat Islam di seluruh dunia. Namun, masyarakat Melayu/Islam berjaya menangani isu-isu ini dengan
penuh kematangan. Anda mempertahankan nilai dan pandangan anda, dan pada
masa yang sama, mengiktiraf dan menghormati pihak lain yang mempunyai
pendapat lain," kata SM Lee.
"Bagi pihak pemerintah, kami mendekati pelbagai kumpulan masyarakat supaya kami benar-benar faham pandangan mereka dalam perkara perkara yang sensitif. Pendekatan ini membolehkan kita maju bersama sebagai
sebuah negara dan menghuraikan masalah bersama secara berhati-hati dan
bertimbang rasa," tambahnya.
Pendekatan yang sama juga katanya diambil untuk berdepan dengan ancaman keganasan, terutamanya daripada Jemaah Islamiyah (JI) sejak sekitar tahun 2000.
“Saya amat berterima kasih kepada sekumpulan asatizah yang berani tampil untuk mengecam dan menangkis fahaman tafsiran ajaran Islam yang radikal. Asatizah perintis ini, kemudian mengasaskan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang juga membimbing dan memulihkan para anggota JI dengan bersungguh-sungguh.”
RRG, kata SM Lee memainkan peranan penting demi mengelakkan masyarakat Melayu/Islam daripada terpesong dan rasa curiga serta syak wasangka berleluasa dan memecahbelahkan masyarakat.
“Julai lalu, JI mengumumkan pembubaran mereka
Namun ancaman daripada pengganas ekstremis Islam masih wujud. Oleh itu, RRG akan terus memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan Singapura,” ujar SM Lee.
Beliau juga menyanjung sumbangan besar para pemimpin RRG iaitu Ustaz Hasbi Hassan dan Allahyarham Ustaz Ali Haji Mohamed.
SM Lee berkata: “Mereka mengasaskan RRG secara bersama, pada tahun 2003, untuk memerangi fahaman Islam yang melampau. Mereka membuat sumbangan yang sangat besar kepada negara.”
“Kita sangat beruntung kerana memiliki barisan asatizah yang berwibawa, dihormati dan progresif. Mereka telah membentuk masyarakat Islam Singapura yang sederhana, inklusif serta berpandangan jauh,” tambah SM Lee.
KEPIMPINAN MASYARAKAT MELAYU/ISLAM
Kepimpinan yang baik sebegini juga merupakan ciri masyarakat Melayu/Islam yang boleh dibanggakan.
SM Lee juga menyentuh tentang peranan para imam dan asatizah yang menyediakan bimbingan agama yang bijaksana bersandarkan nilai-nilai dan konteks masyarakat tempatan.
Selain kepimpinan agama, pemimpin masyarakat Melayu/Islam kata SM Lee memainkan peranan sebagai pemangkin dan menjadi peran contoh semangat gotong-royong.
Ini termasuk para karyawan dan belia yang berjaya, yang tampil menyumbang masa, bakat, dan tenaga membantu golongan yang memerlukan dan mencapai aspirasi mereka.
“Sepanjang tempoh saya sebagai Perdana Menteri, saya bernasib baik kerana mendapat sokongan padu daripada para pemimpin Melayu/Islam yang berkebolehan dan penuh dedikasi dalam kumpulan saya.”
“Mereka mempunyai tugas yang sukar - membantu masyarakat Melayu/Islam maju bersama negara, dan pada masa yang sama, mewakili semua pengundi mereka tidak kira kaum atau agama,” kata SM Lee.
Sepanjang dua dekad beliau menjadi Perdana Menteri, para menteri dan AP Melayu/Islam dalam pasukannya kata SM Lee menunjukkan keberanian dan daya tahan yang mendalam.
“Lantaran itu, model berbilang kaum dan meritokrasi Singapura berjaya, di tengah-tengah rantau dengan majoriti penduduk Melayu beragama Islam,” ujar SM Lee.
SANJUNG TINGGI KEPIMPINAN ENCIK LEE
Majlis selama sekitar dua jam itu menyaksikan lebih 600 anggota masyarakat termasuk para pemimpin badan-badan Melayu/Islam berkumpul untuk meraikan SM Lee.
Antara mereka ialah Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Hazlina Abdul Halim yang menganggap Encik Lee Hsien Loong sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berwawasan.
“Beliau mengingatkan masyarakat kita supaya terus maju kerana kemajuan itu dekat dengan kita. Beliau juga mengetengahkan nilai-nilai penting yang dapat terus menjadi satu persefahaman sesama kita seperti perpaduan, bertolak ansur," kata Cik Hazlina.
Beliau menambah bahawa masyarakat boleh mencontohi sikap SM Lee yang senantiasa menghargai usaha pertubuhan-pertubuhan membantu masyarakat.
Cik Hazlina juga merasakan bahawa SM Lee sentiasa mengambil berat tentang perkembangan masyarakat Melayu/Islam dan golongan wanita.
“Salah satu memori yang kukuh dalam ingatan saya adalah apabila wakil-wakil perbadanan wanita diundang ke Parlimen untuk menyaksikan perdebatan Kertas Putih yang dibentangkan. Beliau memastikan terdapat peluang untuk mendekati para pemimpin badan-badan ini dan mendengar perkembangan badan-badan ini dalam memastikan wanita terus maju jaya,” jelas beliau lagi.
Bagi kaunselor RRG, Ustazah Kalthom Muhd Isa pula, beliau melahirkan kesyukuran dan menghargai sikap dan pendekatan kepimpinan Encik Lee yang lebih mahu berbincang.
Menurutnya, pemerintah di bawah mantan Perdana Menteri itu banyak melakukan pertemuan dan perbincangan bersama RRG untuk mendengar pandangan-pandangan anggotanya.
Ustazah Kalthom berkata: “Pemimpin kita (Ustaz Hasbi dan Allahyarham Ustaz Ali) sudah memainkan peranan banyak dalam menjadi pengantaraan pemimpin agama Islam dan Pemerintah. Banyak usaha dilakukan untuk menyuarakan pendapat kami kepada pemimpin. Kami nampak banyak usaha dalam pemimpin Singapura mendekati masyarakat Melayu/Islam. Pihak pemerintah pun suka mendengar pandangan kami.”
Sebelum ini, sebuah majlis penghargaan bagi Encik Lee oleh masyarakat Cina sudah dianjurkan pada Jun lalu.
Sebuah lagi majlis serupa akan diadakan oleh masyarakat India pada Oktober ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.