Skip to main content

Singapura

SM Lee bertemu Menteri Besar Pahang buat kali pertama; perkukuh hubungan dua hala

Menteri Kanan Lee Hsien Loong bertemu dengan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail pada Rabu (6 Mei), di mana kedua-dua pemimpin menarik perhatian kepada hubungan dua hala yang baik.

Anggaran Waktu Membaca:
SM Lee bertemu Menteri Besar Pahang buat kali pertama; perkukuh hubungan dua hala

Menteri Kanan Lee Hsien Loong berjabat tangan dengan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail. (Gambar: PMO)

SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong bertemu dengan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail pada Rabu (6 Mei), di mana kedua-dua pemimpin menarik perhatian kepada hubungan dua hala yang baik.

SM Lee berada di Pahang dalam rangka lawatan lima hari beliau ke Malaysia.

Semasa pertemuannya dengan Menteri Besar Pahang, kedua-dua pemimpin berjabat tangan dengan erat - tanda persahabatan yang rapat antara Singapura dengan negeri Pahang.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama antara SM Lee dengan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan cara-cara untuk memperkukuhkan ikatan antara Pahang dengan Singapura.

SM Lee kemudian diundang ke majlis jamuan tengah hari oleh keluarga diraja Pahang.

Pada hari ketiga lawatan SM Lee ke Malaysia, beliau turut melakukan kunjungan ke Muzium Sultan Abu Bakar, yang menampilkan pelbagai artifak yang mengetengahkan kekayaan sejarah negeri Pahang.

Acara-acara yang diadakan pada 6 Mei itu sekali gus menggulung lawatan SM Lee ke Pahang Darul Makmur.

Selepas ini, SM Lee berangkat pula ke negeri Terengganu, di mana beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besarnya, Ahmad Samsuri Mohktar dan para pemimpin negeri yang lain.

Kali terakhir seorang Menteri Singapura mengadakan lawatan rasmi ke Terengganu adalah pada 2023, apabila Menteri Kedua Ehwal Luar ketika itu, Dr Maliki Osman melakukan lawatan kerja.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita