Skip to main content

Singapura

SM Lee bangga, berterima kasih atas pengorbanan kontinjen Operasi Lionheart di Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Mar 2025 12:23PM Dikemas Kini : 31 Mar 2025 09:40PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih atas khidmat dan pengorbanan kontinjen Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dikerahkan ke Myanmar berikutan kejadian gempa bumi pada Jumaat (28 Mac).

"Kontinjen Operasi Lionheart yang terdiri daripada 80 pegawai merupakan antara pasukan penyelamat antarabangsa pertama yang tiba di sana, dan terus memulakan operasi menyelamat awal semalam (30 Mac).

"Bagi mereka yang berjauhan daripada orang-orang yang dikasihi Raya ini, terima kasih atas khidmat dan pengorbanan anda. Anda mengharumkan nama negara, dan kami sanjung tinggi sumbangan anda," menurut catatan itu.

Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook pada Isnin pagi (31 Mac), semasa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Singapura.

"Dengan berakhirnya bulan puasa, hari ini, rakan-rakan Muslim kita menyambut Aidilfitri. Inilah masa untuk bersama keluarga tersayang dan sahabat-handai untuk meraikan hari yang bermakna ini.

"Semoga Raya ini dipenuhi dengan keriangan, dan kemesraan bersama mereka yang anda kasihi."




 
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita