Skip to main content

Singapura

SM Lee akan lakukan lawatan kerja seminggu ke Jepun mulai 21 Ogos

Menteri Kanan Lee Hsien Loong akan memulakan lawatan kerja selama seminggu ke Osaka dan Tokyo pada Khamis (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
SM Lee akan lakukan lawatan kerja seminggu ke Jepun mulai 21 Ogos

Menteri Kanan Lee Hsien Loong akan menjadi tetamu kehormat acara sambutan Hari Kebangsaan Singapura di Ekspo 2025 di Jepun. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong akan memulakan lawatan kerja selama seminggu ke Osaka dan Tokyo pada Khamis (21 Ogos).

Ini menjelang ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Jepun tahun depan.

Semasa di Osaka, SM Lee akan menjadi tetamu kehormat acara sambutan Hari Kebangsaan Singapura di Ekspo 2025.

Astaka Singapura menyampaikan mesej-mesej utama berhubung inovasi, daya ketahanan, kemampanan dan amalan inklusif.

Apabila di Tokyo pula, SM Lee akan bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Ishiba Shigeru.

Beliau akan dinobatkan dengan anugerah tertinggi Darjah Matahari Terbit.

Anugerah tersebut mengiktiraf individu yang membuat sumbangan unggul kepada Jepun serta rakyatnya.

SM Lee juga akan bertemu dengan para pemimpin politik dan perniagaan Jepun, selain rakyat Singapura yang menetap di Jepun.

Beliau akan diiringi beberapa penjawat politik sepanjang lawatannya ke Jepun.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita