Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SLA, SMU ganding bahu kongsi data lokasi & latih bakat tangani haba bandar

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jun 2024 07:27PM Dikemas Kini : 03 Jun 2024 08:55PM
SINGAPURA: Singapura meningkatkan keupayaan untuk menangani haba bandar dengan menggunakan teknologi peta.

Penguasa Tanah Singapura (SLA) akan berkongsi sumber seperti peta haba dan peta jalan-jalan raya dengan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) untuk menangani masalah tersebut.

Diharapkan, peta-peta sebegini akan dapat bantu mengenal pasti kawasan-kawasan panas terik.

Dengan mencerakin titik-titik panas yang dikelilingi bangunan serta jalan raya, ia mungkin membawa kepada perancangan bandar yang lebih baik dalam usaha untuk mengurangkan peningkatan suhu.

Kerjasama ini juga akan melatih bakat-bakat dalam bidang tersebut menerusi projek penyelidikan iklim.

SLA berharap kerjasama baharu ini dapat bantu menghuraikan cabaran geografik dan kemampanan di Singapura serta di rantau lebih luas.
 
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan