Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SLA lancar pelan pertingkat keupayaan sistem penentu kedudukan termasuk bina bakat teknologi geospatial

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura sedang mengorak langkah untuk mempertingkatkan keupayaan geospatialnya, termasuk mengajak orang ramai supaya memanfaatkan teknologi dan maklumat geospatial dalam aktiviti seharian mereka.

Maklumat geospatial sudahpun digunakan dengan meluas sekarang, tetapi lebih banyak lagi boleh dilakukan, kata para pakar dalam rancangan Singapore Tonight terbitan CNA yang disiarkan pada Selasa (26 Sep).

“Apabila anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain, apabila anda memandu, anda menggunakan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global). Apabila anda ingin mencari restoran dan sebagainya, anda melihat peta dan anda mencari tempatnya,” kata Encik Sin Lye Chong dari Penguasa Tanah Singapura (SLA), agensi geospatial negara.

"Tetapi kami percaya bahawa terdapat lebih banyak lagi keupayaan geospatial berbanding bidang-bidang ini."

Encik Sin, penolong ketua eksekutif geospatial dan penglibatan masyarakat di SLA, menegaskan bahawa mengajar subjek-subjek dalam bilik darjah akan menjadi lebih menarik menggunakan data geospatial.

Ini dilakukan bukan sahaja dalam mata pelajaran geografi tetapi juga bagi mata pelajaran lain seperti kajian sosial dan sejarah, "di mana kami menggunakan peta cerita untuk menceritakan kisah tentang sesebuah lokasi di Singapura, (dan) bagaimana ia sudah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini", tambahnya.

MENJADIKAN KEUPAYAAN 'GEOSPATIAL' ALIRAN UTAMA

Geospatial merujuk kepada data yang dikaitkan dengan lokasi geografi tertentu.

“Ia pada asasnya adalah data lokasi. Data yang mempunyai georujukan, jadi ia boleh terletak di sesebuah tempat di angkasa lepas,” kata Profesor David Taylor, ketua Jabatan Geografi di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Di Pesta Geospatial Singapura 2023 yang sedang berlangsung sekarang, SLA turut melancarkan rancangan pendampingan masyarakat yang baharu, termasuk cabaran yang akan menyaksikan pertubuhan-pertubuhan dan para karyawan memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) dan membangunkan inovasi untuk mempertingkatkan peta negara yang yang dikenali sebagai OneMap.

Acara tahunan itu, yang diadakan dari Selasa hingga Jumaat, menghimpunkan masyarakat geospatial global untuk aktiviti-aktiviti yang mempromosikan penggunaan infokom secara inovatif.

Tahun ini, tema pesta itu ialah "Memperkaya Minda, Memperkasakan Kehidupan".

Encik Sin berkata matlamatnya adalah untuk menjadikan penggunaan data dan keupayaan geospatial mudah diakses oleh orang awam.

“Kami tidak mahu data dan teknologi geospatial hanya digunakan oleh para pakar dan saintis, kami mahu ia digunakan oleh arus perdana,” tambahnya.

"Ini bermakna digunakan oleh orang awam setiap hari untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi setiap hari."

MEMBENTANGKAN HURAIAN INOVATIF

SLA akan melancarkan cabaran GPT OneMap pada bulan depan untuk melibatkan para karyawan dan pertubuhan-pertubuhan untuk memanfaatkan teknologi AI dan prinsip reka bentuk untuk menghasilkan inovasi pada OneMap.

Huraian-huraian tersebut akan menggabungkan set data yang pelbagai daripada sektor pemerintah dan swasta dan membentangkannya dalam format yang mudah difahami.

Para peserta akan membangunkan huraian-huraian kreatif berdasarkan lokasi yang menggabungkan transformer pra-latihan generatif (GPT), sejenis model bahasa AI dan data OneMap bagi membantu pengguna untuk pelbagai tujuan, daripada tugas harian kepada keputusan kehidupan yang penting.


BERKEMBANG SEIRING DENGAN PERUBAHAN

Sementara itu, SLA telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan NUS untuk membangunkan dan mempromosikan kursus-kursus geospatial baharu untuk pelajar dewasa dan pekerja pertengahan kerjaya.
 

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan