Skip to main content

Singapura

SLA lancar beta OneMap3D; landskap visual S'pura bentuk 3D yang pertama

Anda kini boleh melihat bangunan, mercu tanda dan landskap merata negara dalam bentuk tiga dimensi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Sep 2020 05:02PM Dikemas Kini : 17 Sep 2020 08:47PM

SINGAPURA: Anda kini boleh melihat bangunan, mercu tanda dan landskap merata negara dalam bentuk tiga dimensi.

Ini selepas versi beta OneMap3D Penguasa Tanah Singapura (SLA) dilancarkan hari ini (17 Sep) sempena Minggu Geospatial Singapura.

Dibangunkan bersama rakan-rakan industri, ia bertujuan meneruskan usaha memperbaiki peta berkenaan dengan bantuan para peniaga dan orang ramai.

Peta 3D negara itu mempunyai pelbagai aplikasi.

Contohnya, dalam bidang mobiliti dan jagaan kesihatan, dron boleh digunakan untuk menghantar peralatan kecemasan seperti AED di sekitaran bandar.

Para pembeli hartanah boleh menyaksikan teknologi itu semasa Ekspo Hartanah Maya pada bulan depan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita