Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SLA kini guna dron bagi operasi harian Pulau Sekijang Bendera, Pulau Sekijang Pelepah

Penguasa Tanah Singapura (SLA) kini menggunakan dron untuk memeriksa dari jauh, pulau-pulau di kawasan selatan negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Apr 2021 06:24PM Dikemas Kini : 28 Apr 2021 11:12PM

SINGAPURA: Penguasa Tanah Singapura (SLA) kini menggunakan dron untuk memeriksa dari jauh, pulau-pulau di kawasan selatan negara.

SLA adalah agensi awam pertama melancarkan dron bagi operasi harian, di luar fasa ujian.

Langkah itu akan mengurangkan masa yang diperlukan bagi pemeriksaan fizikal sebanyak sekitar dua pertiga.

Dron seperti itu digunakan sejak minggu lalu untuk memeriksa keadaan pulau seperti Pulau Sekijang Bendera dan Pulau Sekijang Pelepah termasuk tapak perkhemahan dan kemudahan.

Para pegawai yang memantau rakaman dron akan dimaklumkan tentang sebarang isu keselamatan dan penyenggaraan yang perlu langkah susulan.

Kecerdasan buatan boleh mengesan perkara ini lebih awal supaya tidak menjadi masalah besar sekaligus membantu menjimatkan kos pemulihan sebanyak 40 peratus.

SLA menambah penggunaan dron sudah boleh melaporkan isu-isu seperti pembuangan sampah sebarangan.

Ia merancang melancarkan penggunaan sebuah lagi dron untuk meliputi Pulau Hantu Besar dan Kechil menjelang April tahun depan.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan