SLA kaji kemungkinan tempoh pajakan dilanjutkan bagi estet hartanah hitam putih, dedah Edwin Tong
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Penguasa Tanah Singapura (SLA) sedang mengkaji kemungkinan untuk melanjutkan tempoh pajakan Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok atau en bloc, sebagai contoh 30 atau 60 tahun, di estet-estet hitam putih milik pemernitah bagi pemaju privet.
Ini supaya pemaju dapat menjadi pemegang pajak utama, memperbaharui seluruh estet dan meraih manfaat dari tempoh pajakan yang lebih lama, kata Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong kepada parlimen pada Isnin (3 Jul).
SLA, yang menyewakan banglo Ridout Road, diselia oleh Kementerian Undang-Undang, yang diterajui Encik Shanmugam, dan Encik Tong, yang juga Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

SLA menyelia pengurusan kira-kira 2,600 hartanah milik pemerintah, termasuk 600 banglo hitam putih. Buat masa ini, tempoh penyewaan hartanah bangunan hitam putih diberikan selama dua atau tiga tahun, sehingga maksimum 3+3+3 tahun semasa penyewaan kali pertama.
SLA melabur jumlah yang besar untuk mengekalkan hartanah hitam putih disebabkan keperluan penambahbaikannya, yang mengenakan garis pandu pemulihan tertentu, kata Encik Tong.
Penyewa juga perlu bersedia melaburkan modal untuk menaik taraf hartanah tersebut, sambil menerima kenyataan bahawa mereka hanya dapat menikmati manfaatnya sepanjang tempoh penyewaan mereka.
"Ini menghadkan kumpulan bakal penyewa bagi hartanah hitam putih," kata Encik Tong. Untuk menangani cabaran itu, SLA sedang mengubah struktur penyewaan untuk menawarkan lebih banyak kelonggaran.
"Dalam kes-kes tertentu, di mana penyewa lebih bersedia untuk melabur jumlah modal perbelanjaan lebih besar untuk memperbaiki hartanah tersebut, SLA bersedia untuk menawarkan tempoh penyewaan 5+4 tahun," katanya, sambil menambah bahawa ia memberi mereka lebih banyak masa pada awal penyewaan untuk mendapatkan semula modal perbelanjaan mereka.
Encik Tong berkata ini antara langkah-langkah yang diambil SLA untuk "memaksimumkan peluang bagi negara ini untuk meraih manfaat dari hartanah sedemikian".
PENYEWAAN HARTANAH RIDOUR ROAD
Encik Tong juga menggariskan objektif SLA bagi dasar dan proses menyewakan banglo hitam putih, dan sama ada penyewaan hartanah di 26 dan 31 Ridout Road kepada kedua-dua menteri tersebut menyimpang dari proses biasa.
Banglo di 26 dan 31 Ridout Road, yang dibina pada awal 1900-an, diwartakan sebagai hartanah pemuliharaan pada 1992. Status itu mengenakan tuntutan ke atas pemilik hartanah, seperti menghormati elemen utama hartanah itu.
Encik Tong berkata bahawa "keseimbangan bijak" diperlukan antara melindungi hartanah warisan dan membangunkannya semula.
Merujuk kepada proses penyewaan 26 dan 31 Ridout Road, Encik Tong mengulangi penemuan siasatan CPIB dan semakan Encik Teo.
"Terdapat asas komersil yang munasabah bagi SLA untuk menjalankan urus niaga tersebut. Syarat bagi kedua-dua pajakan adalah seperti kebiasaan dan tidak mengandungi sebarang klausa yang luar dari kebiasaan. Kedua-duanya berbeza dan tidak menyimpang dari proses yang biasa," katanya.
PENILAI TIDAK TAHU IDENTITI PEMBIDA
Dalam menjelaskan proses penilaian yang biasa, Encik Tong berkata pasukan penilaian "bebas" SLA akan menilai harga pasaran sesebuah hartanah hitam putih dan akan memberikan divisyen pajak garis asas yang harus dicapai.
"Mereka, iaitu pasukan penilaian SLA, tidak tahu identiti-identiti bakal penyewa atau sewa sebenar sehingga dirunding oleh kedua-dua pihak," tambah Encik Tong.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.