SLA ambil kira mutu cadangan selain harga bidaan bagi projek ruang tinggal bersama

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Dengan lebih banyak hartanah negara bakal dijadikan ruang tinggal bersama yang akan disewakan, tender hartanah tersebut disemak secara menyeluruh berdasarkan ciri yang penting bagi penduduk.
Penguasa Tanah Singapura (SLA) menyatakan selain daripada harga bidaan, tender untuk mengendalikan ruang-ruang tersebut diberikan berdasarkan mutu cadangan. Ia mengambil kira aspek seperti konsep dan kreativiti cadangan, sumbangan kepada keindahan kawasan, dan inisiatif kemampanan.
Ia dilaksanakan berikutan bidaan yang meningkat bagi hartanah digunakan untuk ruang tinggal bersama, di tengah-tengah permintaan yang semakin banyak.
Pengaturan tempat tinggal sedemikian, di mana penyewa menetap di dalam rumah yang dikongsi atau ada bilik sendiri, dan berkongsi ruang bersama, semakin popular terutama dalam kalangan golongan bujang yang lebih muda.
Mereka tertarik dengan tempoh penyewaan, yang lebih fleksibel berbanding penyewaan tradisional, serta aspek sosial dan peluang rangkaian yang ditawarkan.
Selain pelajar antarabangsa dan ekspatriat, ruang tinggal bersama juga semakin menarik perhatian warga tempatan, dedah syarikat hartanah.
Pengarah SLA Carrie Wong berkata lembaga berkanun itu mengambil kira sejumlah faktor ketika mempertimbangkan kesesuaian hartanah negara bagi usaha sedemikian, termasuk maklum balas daripada pelbagai pemain industri.
"Terdapat pertimbangan seperti lokasi dan kebolehcapaian. Kami juga prihatin tentang bagaimana hartanah tersebut dapat memberi kesan kepada persekitaran, supaya kami memastikan ia tidak menjejas penduduk dan orang awam di sekeliling," tambahnya.
Sejak tahun lalu, SLA sudah melancarkan tiga hartanah negara bagi perumahan tinggal bersama, dan ia bakal melancarkan lebih banyak hartanah tersebut pada bulan-bulan akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.