Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SLA ambil alih pengurusan tanah negara di estet perumahan mulai Mac

Anggaran Waktu Membaca:
SLA ambil alih pengurusan tanah negara di estet perumahan mulai Mac

Flat HDB di Singapura. (Gambar: TODAY/Ooi Boon Keong)

SINGAPURA: Penguasa Tanah Singapura (SLA) akan mengambil alih pengurusan tanah negara di estet-estet perumahan.

Mulai Mac depan, SLA juga akan bertanggungjawab dalam mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara atau TOL di kawasan-kawasan tersebut bagi acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan.

Kesemua syarat dan terma utama yang terkandung dalam perjanjian-perjanjian dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagaimanapun akan kekal seperti sedia ada.

Buat masa ini, HDB menguruskan lebih 1,400 hektar tanah negara di estet-estet perumahan awam.

HDB juga mengendalikan sekitar 600 lesen bagi kegunaan sementara tanah di estet-estet tersebut.

Sehingga penghujung Februari ini, mereka yang memerlukan bantuan boleh terus menghubungi HDB berhubung isu-isu lesen dan operasi seharian.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan