Skrin video papar bas kian hampiri mungkin dipasang di perhentian bas bertentangan Parkway Parade
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TODAY/Lim Li Ting)
SINGAPURA: Sebuah perhentian bas baharu yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penumpang disebabkan jarak penglihatan yang kurang baik boleh dipasang dengan skrin yang memaparkan rakaman bas yang sedang menghampiri.
Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat mengakui bahawa perhentian bas yang bertentangan dengan pusat beli-belah Parkway Parade mempunyai "kekurangan", namun menjelaskan sebab reka bentuk dan lokasinya pada Sabtu (6 Jul).
Dalam catatan di Facebook, Encik Chee juga berkata bahawa beliau sudah mengarahkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menimbangkan penyelesaian yang dapat mengurangkan masalah tersebut.
PENYELESAIAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN
Perhentian bas tersebut, yang terletak di pintu keluar 2 Stesen MRT Marine Parade, mempunyai tiang di hadapan perhentian bas itu, berbanding di bahagian belakang, seperti biasa.
LTA, yang berhubung dengan Mediacorp pada Jumaat (5 Jul), mengaitkan cara pembinaan dengan kekangan tapak seperti saliran bawah tanah dan ruang terhad.
Encik Chee menjelaskan perkara tersebut dalam catatan di Facebooknya, bahawa jika tiang di atas longkang bawah tanah dibina di belakang perhentian bas akan menghalang kerja penyelenggaraan pada masa depan.
Ketika menangani kebimbangan penumpang bahawa tiang di hadapan perhentian bas itu menghalang mereka daripada melihat bas yang sedang menghampiri, Encik Chee mencadangkan untuk memasang kamera menghala ke arah lalu lintas, dan memaparkan rakaman pada skrin di perhentian bas itu.
“Dengan cara ini, penumpang yang duduk di perhentian bas dapat melihat bas yang sedang datang dan mempunyai lebih banyak masa untuk bersiap sedia bagi menaiki bas,” tulisnya.
Jika cara tersebut berkesan, Encik Chee berkata langkah serupa boleh digunakan di perhentian bas lain yang berdepan masalah yang sama.
Perhentian bas di sepanjang Marine Parade Road, yang mula beroperasi sejurus sebelum fasa keempat Laluan Thomson-East Coast dibuka secara rasmi pada 23 Jun, juga mempunyai dua perhentian bas, di mana bas hanya akan berhenti di perhentian yang ditetapkan.
Encik Chee berkata ia dilakukan untuk mempercepatkan masa penumpang menaiki bas, disebabkan banyak perkhidmatan bas yang berhenti di perhentian tersebut.
LTA akan menambah baik papan tanda untuk membantu penumpang mengetahui perhentian bas yang patut mereka gunakan, katanya
Agensi itu juga akan memberi kemas kini mengenai penambahbaikan yang dilaksanakan selepas semakannya, tambah Encik Chee.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.