Skip to main content

Singapura

Skop kerja karyawan kesihatan bersekutu semakin luas, perlu kemahiran lebih pelbagai

Mulai 2027, semua pelajar dalam bidang kesihatan bersekutu akan mengikuti kurikulum yang sama pada tahun pertama pengajian mereka.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Nov 2025 07:49PM Dikemas Kini : 03 Dec 2025 03:28PM
SINGAPURA: Mulai 2027, semua pelajar dalam bidang kesihatan bersekutu akan mengikuti kurikulum yang sama pada tahun pertama pengajian mereka.

Mereka kemudian akan meneruskan pengajian dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata perubahan itu perlu bagi para karyawan kesihatan bersekutu kerana skop pekerjaan mereka semakin luas dan memerlukan kemahiran yang lebih pelbagai.

Encik Ong berkata: "Di hospital rawatan akut, anda selalunya hanya menangani satu isu kesihatan sahaja.
Di peringkat masyarakat, anda menangani pelbagai isu secara menyeluruh, sambil mengimbangi banyak perkara secara serentak.

"Ini bermakna pekerja jagaan kesihatan dalam persekitaran masyarakat selalunya perlu memainkan pelbagai peranan, dan sering AHP (karyawan kesihatan bersekutu) perlu bekerjasama merentasi disiplin untuk menyokong pesakit secara menyeluruh di peringkat masyarakat."

Encik Ong menambah, pendidikan bagi karyawan kesihatan bersekutu akan disusun semula kepada tiga domain.

Institut Pengajian Tinggi akan merangka modul teras yang dikongsi dalam setiap domain, bagi membentuk program tahun pertama yang baharu.

Laluan latihan juga akan disusun supaya menjadi lebih modular dan boleh digabungkan untuk memperoleh kelayakan formal.

Encik Ong mengumumkan perubahan ini semasa perasmian Hospital Masyarakat St Andrew di Bedok pada Khamis (20 Nov).

Kemudahan dengan 240 katil itu akan memperluas akses kepada pemulihan dalam masyarakat.
Sumber : CNA/AQ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita