Skim wajib tampal kadar gula, tepu lemak dalam minuman berkuat kuasa 30 Dis 2022
Satu skim melabel minuman yang mengandungi gula akan berkuat kuasa pada 30 Disember 2022.
SINGAPURA: Satu skim melabel minuman yang mengandungi gula akan berkuat kuasa pada 30 Disember 2022.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), langkah itu adalah sebahagian daripada usaha mengurangkan kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Singapura.
Di bawah syarat-syarat melabel yang pertama kali diumumkan pada 2019 itu, minuman di sini akan dikategorikan kepada empat gred berdasarkan kandungan gula dan tepu lemak.
Minuman gred A mengandungi jumlah gula paling rendah manakala minuman gred D dengan jumlah tertinggi.
Minuman gred C atau D perlu mempunyai label di bahagian hadapan bungkusan. Minuman gred D juga tidak boleh diiklankan.
MOH menambah walaupun pindaan di bawah undang-undang sudah diwartakan pada Khamis (30 Dis), peraturan itu akan dikuatkuasakan setahun dari sekarang bagi membenarkan pihak industri masa tambahan untuk merumuskan semula formula produk-produk keluarannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.