Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim VERS 'murah hati'; beri pemilik flat baki nilai pajakan, kata Sim Ann

Anggaran Waktu Membaca:
Skim VERS 'murah hati'; beri pemilik flat baki nilai pajakan, kata Sim Ann

Flat-flat HDB dengan pemandangan latar langit Singapura. (Ga,bar: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) pada Selasa (7 Feb) membahaskan bagaimana nilai flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang semakin mencapai tempoh pajakan akan ditangani, dengan Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Sim Ann menolak saranan dan keprihatinan yang dikemukakan AP pembangkang di Parlimen.

Semasa perbahasan mengenai dasar perumahan awam, Profesor Madya Jamus Lim (WP - Sengkang) bertanya: "Apabila kami berusia sekitar 60 tahun, satu-satunya cara untuk menikmati nilai flat adalah untuk menjualnya (flat tersebut) kepada orang lain supaya kami boleh bersara dengan selesa.

"Soalannya ialah: Kami menjual aset yang nilainya sedang cepat merosot. Apakah rancangan Pemerintah, sekurang-kurangnya pada tahap makro, untuk elak mewujudkan satu generasi pembeli rumah yang membeli rumah yang menghampiri tamat tempoh pajakannya?"

Cik Sim mengucapkan terima kasih kepada Prof Madya Lim, sambil mengulangi isu yang dibangkitkannya bahawa apabila flat HDB menghampiri tamat tempoh pajakan dengan baki sekitar 20 hingga 30 tahun, unit-unit tersebut akan sukar dijual.

"Itulah kelebihan skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) - di mana Pemerintah menjadi pembelinya apabila tiada orang lain yang ingin membeli dan membayar baki nilai pajakan flat tersebut," katanya.

"Ketika itu, jika ia bernilai pun, adakah pasaran privet akan membayar nilai tersebut kepada anda?"

Cik Sim merujuk kepada Skim VERS yang disentuh Perdana Menteri Lee Hsien Loong sewaktu Rapat Umum Hari Kebangsaan 2018.

Encik Lee ketika itu berkata, Pemerintah akan memberi pampasan kepada penduduk memeilih tawaran Pemerintah untuk mengambil balik flat mereka apabila ia berusia sekitar 70 tahun.

Pampasan itu boleh digunakan untuk membeli flat baru dan mereka akan dibantu mendapatkan kediaman gantian.

Namun, tambah Encik Lee,Namun pampasan yang ditawarkan di bawah VERS tidak akan setinggi Skim Pembangunan Semula Terpilih Secara Berkelompok (SERS).

Cik Sim sebelum ini memberi penjelasan tentang isu-isu yang dikemukakan para AP mengenai tamat tempoh pajakan dan keprihatinan lain mengenai dasar perumahan awam dan kemampuan membeli flat HDB.

Beliau berucap pada hari kedua perbahasan mengenai dua usul berhubung perumahan awam - satu yang dikemukakan Parti Kemajuan Singapura (PSP) dan satu lagi oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan