Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim Tanda Hijau baru dilancar

Skim Tanda Hijau yang diperbaharui dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan sektor persekitaran terbina lebih mampan. Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee mengumumkannya di upacara pembukaan Minggu Persekitaran Terbina Antarabangsa hari ini (7 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Skim Tanda Hijau baru dilancar

Latar langit kawasan perniagaan di Singapura. (Foto: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 07 Sep 2021 05:23PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 05:30PM

SINGAPURA: Skim Tanda Hijau yang diperbaharui dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan sektor persekitaran terbina lebih mampan.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee mengumumkannya di upacara pembukaan Minggu Persekitaran Terbina Antarabangsa hari ini (7 Sep).

Skim Tanda Hijau baru itu akan meningkatkan piawai kecekapan daya tenaga.

Ia akan memberi lebih penekanan kepada hasil kemampanan bagi bangunan-bangunan baru dan sedia ada.

Ini termasuk menggunakan teknologi bijak dan mengurangkan jejak karbon bangunan sepanjang kitaran hayatnya.

Encik Lee juga mengumumkan piawai baru Tenaga Amat Rendah bagi rumah-rumah.

Untuk layak bagi mendapatkan Tanda Hijau itu, bangunan tempat tinggal perlu sekurang-kurangnya 60 peratus lebih cekap dalam penggunaan daya tenaga daripada paras 2005.

Bagi memastikan peraturan-peraturannya menyokong perubahan sektor itu, Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sedang menyiapkan satu platform digital baru bagi jurubina dan jurutera untuk menyerahkan pelan bangunan kepada agensi-agensi berbeza.

Ia bertujuan mempercepat proses dan mengurangkan masa yang diambil untuk mengumpulkan syarat-syarat dari pelbagai agensi.

Platform itu akan dilancarkan dalam tahun 2023.  

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan