Skip to main content

Singapura

Skim A*STAR biaya hingga 70% kos hantar penyelidik ke luar negara

Syarikat-syarikat tempatan tidak lama lagi boleh menerima sokongan lebih baik bagi usaha niaga di luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Nov 2021 05:45PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 08:45PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat tempatan tidak lama lagi boleh menerima sokongan lebih baik bagi usaha niaga di luar negara.

Mulai April depan, syarikat-syarikat itu boleh memanfaatkan skim dipertingkat untuk membiayai hingga 70 peratus kos menghantar penyelidik ke luar negara.

Skim itu membantu syarikat-syarikat membina keupayaan teknologi sendiri dengan bimbingan para penyelidik A*STAR.

Demikian diumumkan semasa Hari SME sebagai sebahagian daripada persidangan SWITCH selama seminggu.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menegaskan peri pentingnya inovasi untuk kekal berdaya saing.

Beliau juga menyeru agar kerjasama sektor awam dan swasta dipertingkat.

"Apabila syarikat-syarikat dalam sektor yang sama berkumpul dan bekerjasama dengan agensi-agensi awam, kita boleh mengenal pasti dengan lebih baik keperluan industri dan mengusahakan huraian-huraian yang dapat mencapai ekonomi skala, untuk memajukan sektor secara keseluruhan," kata Encik Gan.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita