Skim S$20 juta bantu sektor sekitaran binaan dakap huraian digital
Satu skim S$20 juta diperkenalkan untuk memastikan keselamatan di tapak-tapak binaan dan pekerja.

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Satu skim S$20 juta diperkenalkan untuk memastikan keselamatan di tapak-tapak binaan dan pekerja.
Ia merupakan satu cara untuk membantu sektor sekitaran binaan bangkit daripada pandemik COVID-19.
Skim itu diumumkan di upacara pembukaan Minggu Sekitaran Binaan Antarabangsa (IBEW) 2020.
Skim itu disokong oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) serta Penguasa Infokom Media Digital.
Dananya akan digunakan untuk membantu sehingga 80 peratus kos syarikat-syarikat membeli peralatan digital seperti pengimbas haba dan sistem pengecaman wajah.
Pembiayaan itu dihadkan kepada S$20,000 bagi setiap projek.
Huraian-huraian digital yang akan dibiayai di bawah skim itu termasuk sistem proses kerja dan mengurangkan ketergantungan kepada tenaga manusia.
Semua huraian digital itu perlu dilaksanakan menjelang Disember tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.